Terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan ayat asal diharamkan walaupun ia bagi tujuan berdakwah kepada golongan bukan Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata terjemahan tanpa disertakan ayat asal tidak semestinya tepat disebabkan penterjemahan perlu dilakukan mengikut kaedah bahasa Arab.
"Terjemahan al-Quran perlu mengikut kaedah bahasa Arab, mesti ada ilmu alat, ilmu mantik dan ilmu nahu. Semua ada peraturan tertentu. Kita tidak boleh terjemah tanpa ayat asal kerana ia akan tidak memberi makna dan pemahaman sebenar," katanya pemberita selepas menutup Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan 2014 anjuran Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini, semalam.
Beliau mengulas tentang permintaan seorang pensyarah wanita yang berhasrat menterjemahkan al-Quran kepada bahasa lain tanpa ayat suci yang asal untuk tujuan pemahaman rakannya yang bukan Islam.
Katanya wanita tersebut telah pergi ke Kementerian Dalam Negeri untuk meminta kelulusan namun Majlis Fatwa mengatakan penterjemahan seperti itu tidak dibenarkan.
"Percetakan juga tidak berani berbuat demikian dan wanita tersebut telah berjumpa Mufti Selangor yang kemudian menyuruhnya berjumpa dengan saya," katanya.
Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan sl-Quran berkata kitab suci itu diturunkan dalam bahasa Arab dan penterjemahan ke dalam bahasa lain wajib dilakukan mengikut ayat asal al-Quran.
"Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab jadi kalau bukan dalam bahasa Arab, ia bukan al-Quran. Kalau buat juga (penterjemahan tidak mengikut ayat asal) ia satu kesalahan besar di negara ini," katanya.
Beliau berkata penyebaran agama Islam melalui kegiatan dakwah tidak akan tersekat walaupun terjemahan seperti itu tidak dibenarkan.
Bernama
Tue Nov 18 2014

HARUSSANI: Terjemahan tanpa disertakan ayat asal tidak semestinya tepat disebabkan penterjemahan perlu dilakukan mengikut kaedah bahasa Arab.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sultan Nazrin perkenan lantik Wan Zahidi sebagai Mufti Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai Mufti Negeri Perak.

Pelantikan mufti prerogatif Sultan Perak - Menteri Besar
sebelum membuat pelantikan tersebut, sudah pasti Sultan Nazrin mengambil kira semua pandangan dan nasihat, kata Datuk Seri Saarani Mohamad.

Anak sulung Allahyarham Harussani meninggal dunia akibat COVID-19
A Abdul Hakim Mazhar, 54, anak sulung kepada bekas Mufti Perak, meninggal dunia pagi tadi akibat COVID-19.

Allahyarham Harussani sentiasa sembah pandangan, nasihat - Sultan Perak
Sultan Nazrin mendoakan waris, anggota keluarga dan sabahat handai Allahyarham menghadapi saat duka dan hiba ini dengan penuh keredaan dan ketabahan.

Allahyarham Harussani berpegang pada prinsip, berani - Timbalan Mufti Perak
Pemergian Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria merupakan kehilangan besar buat umat Islam di negara ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Mei 2021.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mufti Perak
Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi hari ini, menyatakan Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham.

Jasa, sumbangan Allahyarham Harussani sangat besar - Zulkifli
Berdekad lamanya Allahyarham Tan Sri Harussani begitu istiqamah dalam perjuangan Islam.

Mufti Perak beransur pulih, dipindah ke wad biasa
Mufti Perak Tan Sri Harusssani Zakaria yang sebelum ini dirawat di ICU di Hospital Pakar KPJ Ipoh , kini sudah dipindahkan ke wad biasa dan semakin pulih dan stabil berbanding sebelumnya.

Umat Islam perlu bina semula tamadun agung - Ulama dunia
Islam bukanlah semata-mata agama yang tersebar, sebaliknya ia adalah agama yang menghimpunkan akidah, syariah dan manhaj kehidupan.