SYARIKAT e-hailing berpangkalan di Singapura, Grab memaklumkan akan melepaskan seramai 360 orang Grabbers atau sekitar tidak sampai lima peratus daripada jumlah tenaga kerja syarikat itu.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Grab, Anthony Tan dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu terpaksa dibuat selepas syarikat berkenaan turut terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Bagaimanapun, Grab turut menyediakan sokongan kewangan, profesional, perubatan serta emosi kepada semua kakitangan yang terjejas.
“Sejak beberapa bulan lalu, kami mengkaji semua kos, kurangkan perbelanjaan dan memotong gaji pengurusan tertinggi. Begitupun, kami sedar kami masih perlu menjadi organisasi yang lebih fleksibel untuk menangani cabaran ekonomi pasca pandemik.
“Untuk mencapainya, kita akan menghentikan beberapa projek bukan teras, menggabungkan beberapa fungsi pasukan untuk meningkatkan kecekapan serta membentuk semula pasukan yang sesuai dengan perubahan keperluan perniagaan berdasarkan persekitaran luaran.
“Kami juga akan memperkuatkan perkhidmatan penghantaran dan telah menugaskan sebahagian besar Grabbers untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat di bahagian penghantaran,” katanya.
Tambahnya, langkah itu berjaya menyelamatkan banyak pekerjaan melalui pengagihan semula sumber tenaga kerja dan membantu menghadkan pengurangan tenaga kerja di bawah lima peratus.
“Saya menjamin bahawa tiada lagi pemberhentian kerja secara menyeluruh dalam organisasi akan berlaku pada tahun ini dan dengan melaksanakan rencana baru untuk memenuhi sasaran yang telah ditetapkan.
“Saya yakin bahawa kita tidak akan melalui proses berat ini untuk masa depan yang boleh dijangka. Lembaga pengarah terus optimis terhadap masa depan perniagaan kami.
“Kami akan terus menumpukan perhatian terhadap teras utama kita iaitu ride-hailing, penghantaran, pembayaran dan perkhidmatan kewangan untuk menangani cabaran dan mengambil peluang di dalam ekonomi normal baharu,” ujarnya.
Jelas Anthony, dia memahami kegelisahan yang timbul dan Grab akan membantu pekerja terjejas dengan memberikan sokongan kewangan, profesional, perubatan serta emosi yang merangkumi:
1. Pembayaran pampasan berupa gaji setengah bulan sama ada untuk setiap 6 bulan perkhidmatan kerja yang lengkap, atau berdasarkan garis panduan undang-undang tempatan, yang mana yang lebih tinggi.
2. Pembayaran pemisahan yang telah ditingkatkan bersamaan dengan sekitar 1.5 bulan gaji, iaitu tambahan kepada pembayaran pampasan sebagai bantuan tambahan semasa krisis COVID-19 ini dan bonus untuk pekerjaan yang dilakukan pada tahun 2020.
3. Waiver of annual cliffs untuk pemberian ekuiti dengan tujuan agar lebih banyak Grabbers dapat meninggalkan Grab sebagai pemegang saham. Ini bererti bahawa Grabbers dengan ekuiti yang belum dilunaskan akan memiliki ekuiti setiap bulan sehingga tarikh akhir pekerjaan mereka.
4. Perlindungan insurans perubatan hingga hujung tahun ini melalui insurans perubatan yang sedia ada, atau pemberian dana tunai yang setara, supaya mereka dapat memperoleh ketenangan sepanjang masa yang tidak menentu ini.
5. Pampasan cuti bersalin. Pembayaran tunai untuk Grabbers wanita yang sedang hamil dan untuk Grabbers lelaki yang isterinya sedang hamil, pada tarikh akhir pekerjaan.
6. Penebusan cuti tahunan yang tidak digunakan dan kredit GrabFlex yang tidak terpakai di bawah Akaun Perbelanjaan Fleksibel anda.
7. Sokongan peralihan dan pengembangan kerjaya dalam bentuk sokongan penempatan kerja dari pasukan Talent Acquisition kami dan penciptaan Direktori Bakat (Talent Directory) yang membolehkan para perekrut dan syarikat lain menghubungi para Grabbers ini. Kami juga akan memberikan akses kepada Grabbers untuk sesi life coach serta forum pengembangan kerjaya dalam talian selama setengah tahun supaya mereka dapat terus mengembangkan potensi diri baik dalam kehidupan peribadi mahupun profesional.
8. Sokongan emosi melalui Program Bantuan Grabber yang boleh anda terus akses selama 3 bulan dari tarikh akhir pekerjaan anda
9. Akhirnya, mereka boleh memilih untuk menyimpan laptop anda, untuk membantu anda mencari pengembaraan seterusnya.
Astro Awani
Tue Jun 16 2020
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Grab, Anthony Tan dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu terpaksa dibuat selepas syarikat berkenaan turut terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. - Gambar Astro AWANI
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.