Kerajaan bakal mewujudkan dua lagi terminal iaitu Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dan Terminal Bersepadu Sungai Buloh (TBSB) yang dijangka siap menjelang 2020.
Menurut laporan Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015, inisiatif tersebut bertujuan menampung kapasiti terminal sedia ada yang semakin sesak berikutan permintaan yang tinggi, sejajar dengan hasil peluasan rangkaian pengakutan awam darat di sekitar Greater Kuala Lumpur.
Pembinaan TBG dan TBSB akan dibangun dan dikendalikan oleh pihak swasta berbeza dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Menurut PTPAD, kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan turut menambah kira-kira 30 kemudahan Park & Ride menjelang 2019 di kawasan berkepadatan tinggi di sekitar bandar.
SPAD juga bakal melancarkan Aplikasi Perancang Perjalanan menjelang akhir tahun ini serta melaksanakan sistem pembayaran umum bersepadu (ICPS) pada 2018 yang akan menggantikan kad baharu seakan-akan MyRapid.
Menurut laporan PTPAD, ICPS yang kan menyeragamkan sistem tambang yang lebih lancar dan murah daripada operator berbeza turut dilaksanakan terhadap pengguna Park & Ride yang melaluinya, pembayaran transit dapat dibuat di pintu-pintu masuk menerusi kad ATM dan debit baharu.
Laporan PTPAD dikeluarkan sempena Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat 2016 dan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2016
SPAD juga bakal melancarkan Aplikasi Perancang Perjalanan menjelang akhir tahun ini serta melaksanakan sistem pembayaran umum bersepadu (ICPS) pada 2018 yang akan menggantikan kad baharu seakan-akan MyRapid. - Gambar fail
Raja Muda Selangor berkenan rasmi ulang tahun ke-50 Kuan Tien Keng
Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Kuan Tien Keng di Pandamaran, malam tadi.
Malaysia sasar lima pingat emas di APDG ke-10
Kontinjen Malaysia menyasarkan untuk merangkul lima pingat emas sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (APDG) ke-10.
ICC kumpul lebih banyak bukti dalam 18 bulan terakhir - Ketua Pendakwa
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengumpul lebih banyak bukti dan maklumat dalam 18 bulan terakhir berbanding 20 tahun sejak penubuhannya.
Pahang berpotensi bangunkan 'Safari Park'
Kawasan hutan seluas 202.3 hektar di Temerloh sesuai dibangunkan sebagai taman safari itu, yang akan memberi satu lagi nilai tambah.
Persidangan PBB mengenai penggurunan bermula di Riyadh
Menjelang 2050, sehingga 7.5 bilion orang akan merasai impak kemarau.
Ombudsman Indonesia desak peningkatan pemeriksaan pasport, banteras pemerdagangan manusia
Beberapa mangsa pemerdagangan manusia dapat dipintas sebelum berlepas ke luar negara dengan penyeliaan imigresen yang lebih ketat.
Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi baharu, kata tokoh korporat Itali
Abang Johari memainkan peranan mengagumkan dalam memajukan pengeluaran hidrogen, sektor yang disifatkannya sebagai kunci kepada masa depan mampan.
Banjir: Jalan putus, situasi luar jangka antara cabaran anggota bomba
Situasi jalan putus di kebanyakan lokasi banjir antara cabaran utama dihadapi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika bertugas.
Lebih 50 maut ketika perlawanan bola sepak
Kira-kira 100 orang terbunuh dalam pergaduhan ketika perlawanan bola sepak di Guinea.
Puducherry banjir, hujan terburuk dalam tiga dekad
Siklon Fengal yang merentas sehingga ke pesisir selatan India pada Sabtu lalu mencetuskan banjir besar mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di India dan Sri Lanka. Menteri perkhidmatan awam Puducherry India, K. Lakshminarayanan berkata, kerajaan tempatan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka yang terjejas banjir.
Terminal Bersepadu Gombak, Sg Buloh bakal siap menjelang 2020
Kerajaan bakal mewujudkan dua lagi terminal iaitu Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dan Terminal Bersepadu Sungai Buloh (TBSB) yang dijangka siap menjelang 2020.