Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas.
M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Dia didakwa memperdayakan pengarah urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mangsa menutup siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mangsa di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong pengarah urusan tersebut menyerahkan kepadanya wang tunai RM4 juta dan RM15 juta melalui transaksi akaun Maybank milik Syarikat Visione Construction Sdn Bhd ke akaun CIMB Bank milik Syarikat Bumi Muhibbah Capital Holding Sdn Bhd.
Gnanaraja didakwa melakukan kesemua kesalahan di sebuah hotel di Damansara dan sebuah bank di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada Julai dan Ogos 2017, dan dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara satu hingga 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Consortium Zenith Construction merupakan kontraktor utama bagi projek terowong dasar laut tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Datuk Umar Saifuddin Jaafar yang mengendalikan pendakwaan menawarkan Gnanaraja diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili tertuduh tidak membantah tawaran jaminan itu.
Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM100,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 6 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Hakim turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Menurut sumber SPRM sebelum ini, tertuduh ditahan pada Februari tahun lepas selepas didakwa menerima wang berjumlah RM19 juta daripada syarikat pembinaan projek terbabit setelah dikatakan mampu menyelesaikan siasatan yang dijalankan SPRM.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2019

Gnanaraja (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang pengarah urusan membabitkan RM19 juta berhubung siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang, dua tahun lepas. --fotoBERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.

Saksi dakwa Lim akan beri projek terowong jika atur MoU dengan syarikat China
Pengarah ZCSB mendakwa Lim akan memberinya Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang secara rundingan terus, jika beliau dapat mengaturkan MoU dengan sebuah syarikat dari China.

Rasuah projek terowong: Lim mohon pernyataan saksi utama direkod SPRM
Pihak pembelaan memohon untuk mendapatkan salinan pernyataan seorang saksi utama yang direkod SPRM berhubung siasatan kes rasuah Lim Guan Eng.

Isu 'coklat RM2 juta' masih jadi fokus utama perbicaraan Lim Guan Eng
Adakah 'big boss' merujuk kepada Perdana Menteri ketika itu?

'Saya terhutang budi kepada Guan Eng, tak mahu kaitkan beliau dalam kes' - Pengarah syarikat
Zarul Ahmad, 62, berkata beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk mereka-reka keterangan dan mengaitkan nama Lim dalam kes rasuah pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut siap untuk dibentang - Chow Kon Yeow
Ia akan dibentangkan sejurus segala ulasan daripada agensi teknikal termasuk agensi-agensi Persekutuan diterima.

Terowong Pulau Pinang: 'Datuk Seri' didakwa tipu RM19 juta
M. G. Gnanaraja, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Exco Pulau Pinang jelaskan bayaran bagi projek jalan, terowong dasar laut
Kerajaan negeri telah membayar RM31.269 juta bagi Kos Kebolehlaksanaan dan RM177.485 juta bagi Kos Reka Bentuk Terperinci projek tersebut melibatkan tiga jalan utama.