Tabung Haji (TH) akan berusaha memastikan 5,000 permohonan badal haji (upah haji) daripada umat Islam Malaysia dapat dilaksanakan bagi musim haji 1438 Hijrah.
Pengarah Operasi Bimbingan Haji 1438 Hijrah, Tengku Aziz Raja Abdullah berkata setakat ini, 3,700 penduduk Makkah sudah ditauliahkan sebagai pelaksana badal haji daripada temu duga terbuka yang diadakan selama tiga hari bermula 27 Julai lepas di Ibu Pejabat TH Makkah di Hotel Abraj AlJanadriyah.
"Tugas mengagihkan siapa hendak buat badal haji adalah berdasarkan kepada temu duga. Insya-Allah baki 1,300 (pelaksana badal)...kita akan buat temu duga pada Ahad dan Isnin ini (6 dan 7 Ogos),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat TH Makkah di sini, pada Selasa.
Badal haji bermaksud mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi melaksanakan ibadah haji ke atas dirinya disebabkan uzur seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua atau meninggal dunia sedangkan dia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadah tersebut ketika masih hidup.
Tengku Aziz berkata pada musim haji tahun ini, TH menetapkan 5,000 permohohan badal haji daripada umat Islam Malaysia.
Bagi memastikan badal haji itu dilaksanakan, beliau berkata TH akan membuat dua pembayaran kepada pembadal, iaitu SR1,000 selepas diberi tauliah dan baki SR1,400 selepas hari wukuf sebaik mereka selesai menyempurnakan ibadah haji.
Hari Arafah atau juga dikenali hari wukuf adalah kemuncak ibadah haji.
"Mereka yang layak menjadi pembadal haji itu telah menjalani sesi temu duga bagi memastikan mereka mengetahui syarat dan memahami hukum-hukum ibadah haji,” katanya.
Dalam pada itu Tengku Aziz menasihatkan umat Islam di Malaysia supaya melantik pembadal haji yang benar-benar layak bagi melaksanakan tanggungjawab berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2017

Pada musim haji tahun ini, TH menetapkan 5,000 permohohan badal haji daripada umat Islam Malaysia.
Ukraine setuju syarat perjanjian mineral dengan AS
Amerika Syarikat dan Ukraine telah mencapai persetujuan mengenai draf perjanjian mineral, yang menjadi elemen penting dalam usaha Kyiv mendapatkan sokongan Washington.
Sementara itu, Presiden Donald Trump berusaha menamatkan perang dengan Rusia dalam masa yang yang terdekat.
Sementara itu, Presiden Donald Trump berusaha menamatkan perang dengan Rusia dalam masa yang yang terdekat.

Amerika jual “kad emas” AS$5 juta kepada orang kaya warga asing untuk peroleh kewarganegaraan
Kad emas tawar peluang tinggal dan bekerja selain laluan ke arah memperoleh kewarganegaraan AS.
Polis buka dua kertas siasatan, namun tiada pertuduhan
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu iaitu pusat pentadbiran negeri Sabah pada 31 Dis tahun lepas, namun tiada pertuduhan dikenakan terhadap penganjur.
Anwar bertemu Jose Ramos-Horta di Vietnam
Di sela kunjungan ke Republik Sosialis Vietnam pada Selasa, Anwar sempat bertemu sahabat dan Presiden Republik Demokratik Timor Leste, José Ramos-Horta malam tadi.
Anwar adakan kunjungan hormat ke atas To Lam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam di ibu pejabat parti berkenaan di Hanoi pada Selasa. Ia sekali gus menandakan permulaan lawatan kerja dua hari beliau ke negara anggota ASEAN itu.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini. #AWANInews

Jet Israel serang selatan Damsyik, Daraa
Sumber keselamatan Syria melaporkan bahawa sebuah tapak ketenteraan menjadi sasaran, namun butiran lanjut tidak didedahkan.
MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta untuk PKS, firma pertengahan
Dana RM131.5 juta diperuntukkan untuk menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Pesawat terbakar, 2 penumpang cedera ringan
Siasatan awal mendedahkan, juruterbang tersebut didapati hilang kawalan selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang berdekatan.

Enam bayi baru lahir meninggal dunia akibat cuaca sejuk di Gaza
Ahli kaji cuaca melaporkan, suhu telah turun kepada sifar darjah Celsius sejak beberapa hari kebelakangan ini

Arab Saudi serah pampasan kepada waris jemaah insiden kren tumbang di Makkah
Bayaran pampasan bernilai 1 juta Saudi Riyal (bersamaan kira-kira RM1.17 juta) kepada setiap waris mangsa berkenaan adalah pampasan peribadi Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud.