Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneliti secara mendalam cadangan yang diutarakan kepada pihaknya dalam mengendalikan hal-hal berkaitan pengurusan, pemantauan dan penguatkuasaan umrah bagi jemaah Malaysia.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, TH mengambil positif saranan yang dibuat oleh semua pihak untuk menangani kes penipuan pakej umrah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Kajian yang lebih mendalam perlu dibuat dari pelbagai aspek kerana pengurusan umrah berbeza daripada haji dan ia berjalan hampir sepanjang tahun.
"Hasil daripada kajian ini perlu diperhalusi dengan teliti sebelum sebarang keputusan atau perubahan akta dicadangkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Johan berkata, TH juga perlu melihat dari sudut manfaat serta kesan yang bakal memberi impak kepada pendeposit TH yang pengurusan umrah melibatkan struktur kos yang berbeza.
BACA: Tidak bijak tukar pengurusan pakej umrah di bawah TH - MATTA
BACA: Cukuplah TH monopoli haji, tidak perlu campur urusan umrah - PAPUH
TONTON: TH sedia jadi orang tengah tangani penipuan umrah
Menurutnya, TH juga perlu mengadakan perbincangan lanjut dengan semua pihak berkuasa dan berwajib supaya cadangan tersebut dapat dibentangkan secara menyeluruh demi kepentingan dan kebaikan semua pihak.
Sementara itu, TH menyarankan orang ramai yang ingin menunaikan umrah agar menggunakan perkhidmatan syarikat pelancongan yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Oktober lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2017

TH juga perlu melihat dari sudut manfaat serta kesan yang bakal memberi impak kepada pendeposit TH yang pengurusan umrah melibatkan struktur kos yang berbeza. - Foto Fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan sedia bantu Ipoh rancakkan industri pelancongan Perak
Timbalan Menterinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ini kali kedua bandar raya itu mendapat pengiktiran antarabangsa, menyusuli syor portal pengembaraan dunia Lonely Planet pada tahun lalu.

TH teliti cadangan kendali pengurusan umrah
TH mengambil positif saranan yang dibuat oleh semua pihak untuk menangani kes penipuan pakej umrah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

Cukuplah TH monopoli haji, tidak perlu campur urusan umrah - PAPUH
Datuk Seri Razali Mohd Sham menegaskan Tabung Haji (TH) juga tidak perlu masuk campur dalam urusan umrah di negara ini.

Isu IMAMS: Bagaimana individu yang tak pernah tunai umrah jadi CEO? - TPM Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid percaya wujud pihak yang ingin mengambil peluang dalam pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).

Sarawak tidak setuju rancangan pengagihan cukai pelancongan
Sarawak tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mengembalikan RM1 daripada setiap RM10 cukai yang dikutip daripada pelancong asing untuk penginapan setiap bilik.

Najib saksi MoU sempena Pertandingan Seni Negaraku
Pertandingan yang akan melibatkan 10,176 buah sekolah dan lebih lima juta pelajar seluruh negara bertujuan untuk menyuntik semangat cintakan negara melalui ekspresi seni visual di kalangan pelajar.

SKMM sekat laman sesawang demi keselamatan pengguna internet
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat capaian kepada 2,407 laman sesawang tahun ini demi menjamin keselamatan pengguna Internet, terutama kanak-kanak.

MATTA nasihat orang ramai berhati-hati dengan pakej umrah murah
Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran pakej pelancongan murah, khususnya umrah, bagi mengelak daripada tertipu.

Hanya 38 syarikat berdaftar benar keluar visa umrah - Nazri Aziz
Senarai 38 syarikat pengelola umrah yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi boleh didapati di laman sesawang Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Perkampungan terbesar Orang Asli bakal jadi produk pelancongan negara
Perkampungan ini akan menjadi salah satu tarikan utama di dalam kalendar Tahun Festival Malaysia 2015.