Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata tiada keperluan untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tragedi berdarah Memali yang berlaku pada tahun 1985.
Beliau berkata meskipun kerajaan mempunyai kuasa untuk mewujudkan RCI, namun ia seharusnya bergantung sama ada terdapat bukti baharu atau perkara yang masih tidak dirungkai sehingga kini dalam peristiwa itu.
"Apa baiknya untuk diadakan singkapan lama? Kita harus berpendapat jika semuanya hendak diRCIkan, maka kerja kerajaan tidak ada lain ialah untuk merungkai yang lama dan menyembahkannya kembali.
"Semasa peristiwa Memali berlaku, huraian telah dibuat dan saya juga menjadi jurucakap Memali semasa itu selaku Menteri Penerangan. Penerangan yang diberi juga sudah dijawab oleh bapa Ibrahim Libya (Mahmud Senapi). Jadi tidak perlu RCI," katanya.
Rais berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sudut Pidato Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gambang di sini hari ini, yang turut dihadiri Rektor universiti itu Prof Datuk Seri Dr Zalea Kamarudin.
Selain itu, Rais berpandangan segala persoalan berkaitan tragedi itu sudah dihurai dan dijawab dengan baik dalam laporan Kertas Putih Memali yang dibentangkan kerajaan di Parlimen.
"Jika mungkin ada tujuan lain (untuk diadakan RCI) yang pada tahun 1985 masih tidak terungkai, harus disenaraikan apakah isu yang hendak dihuraikan. Apa kandungan Kertas Putih yang masih tidak dipuashatikan lagi?
"Isu ini harus diselidik terlebih dahulu untuk melihat jika perlu diadakan RCI. Memang kerajaan ada kuasa untuk (adakan) RCI bila-bila masa, tetapi kesahihan dan matlamat asasnya bagaimana?," soalnya.
Tragedi Memali berlaku pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya di Kampung Memali, Baling, Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2017

RAIS: Ia seharusnya bergantung sama ada terdapat bukti baharu atau perkara yang masih tidak dirungkai sehingga kini dalam peristiwa itu.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Walaupun terluka, kami sudah lama maafkan UMNO - Penduduk Memali
Ruang kepada pihak yang terlibat untuk memperbetulkan keadaan dan memperbaiki kekhilafan yang dilakukan sebelum ini tidak pernah tertutup.

Tiada keperluan untuk RCI Memali - Rais Yatim
Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata tiada keperluan untuk mengadakan RCIe bagi menyiasat tragedi berdarah Memali yang berlaku pada tahun 1985.