Tiada kerja-kerja pembinaan dijalankan di tapak pembinaan projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus ketika kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini hari ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Beliau berkata Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) telah mengeluarkan arahan memberhentikan kerja bagi projek lebuh raya itu susulan beberapa rasuk konkrit bagi projek itu terjatuh di lereng Jalan Tun Sardon pada Khamis lepas, iaitu satu kilometer dari tempat kejadian tanah runtuh.
"Oleh kerana arahan menghentikan kerja masih berkuatkuasa, kegiatan kerja sudah berhenti. Saya dimaklumkan pihak kontraktor telah memberi laporan kepada DOSH pagi tadi dalam mesyuarat dengan DOSH untuk memberi makluman tentang apa-apa kerja mitigasi yang perlu diambil.
"Mereka perlu menghantar laporan petang ini tetapi sebelum laporan dihantar kejadian tanah runtuh ini berlaku dan pihak kontraktor dan pekerja sememangnya dalam tempoh tidak dapat melakukan kerja kerana sudah ada 'arahan menghentikan kerja'," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Terdahulu, Chow bersama Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh; Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari dan Exco Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian negeri Yeoh Soon Hin meninjau lokasi kejadian.
Projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus yang bernilai RM545 juta itu dijangka tertangguh ekoran kejadian di tapak pembinaannya yang melibatkan sebanyak 14 rasuk konkrit berukuran 25m setiap satu terjatuh di lereng pada Khamis lepas.
Projek itu, yang telah dimulakan pada 2016 dilaksanakan oleh tiga pihak sebagai langkah penjimatan termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), PLB Land Sdn Bhd dan Geo Valley Sdn Bhd manakala kejadian itu berlaku dalam bahagian yang di bawah kendalian MBPP.
Chow berkata projek itu dijangka siap pada 2020.
Beliau berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dan terdapat pengairan di lereng bukit dipercayai menjadi punca kepada kejadian tanah runtuh itu.
"Kita nampak memang ada air mengalir keluar dari lereng bukit ke bawah dan saya percaya cuaca hujan menjadi salah satu sebab (kejadian tanah runtuh)," katanya.
Dalam pada itu, Chow berkata kerajaan negeri menzahirkan rasa sedih dan dukacita terhadap kejadian yang menimpa mangsa dalam kejadian itu.
"Saya berasa amat sedih mendapati ada mangsa yang terkorban dan setakat ini dua pekerja telah disahkan meninggal manakala seorang lagi dapat diselamatkan," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan berhubung kejadian itu, Chow berkata perkara itu akan dipertimbangkan kemudian.
Dua maut dan seorang cedera manakala sekurang-kurangnya 10 lagi mangsa iaitu pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan projek lebuh raya berkembar itu masih tertimbus di bawah timbunan tanah runtuh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 19 2018
![Tiada kerja pembinaan dilakukan ketika kejadian tanah runtuh - Chow Tiada kerja pembinaan dilakukan ketika kejadian tanah runtuh - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526313290_CHOWKONYEOW.jpg)
CHOW: Saya dimaklumkan pihak kontraktor telah memberi laporan kepada DOSH pagi tadi.
![Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740090122_Kanakkanakdilangga.jpg)
Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.
![Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740062810_AhmadZahidHamidi.jpg)
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.
![Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740086343_TUDM.jpg)
Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.
![Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739680437_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.
![Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740086221_DialogIntraIslam.jpg)
Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.
![JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740064266_MohdNaimMokhtar.jpg)
JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.
![Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19 Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728393424_syedhamadahsyedot.jpg)
Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
![G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740085896_CyrilRamaphosa.jpg)
G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.
![Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740086019_TerengganuHockeyTe.jpg)
Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.
![Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726979990_TBEWON.jpg)
Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.
![Tragedi Bukit Kukus: MBPP antara 4 pihak bertanggungjawab Tragedi Bukit Kukus: MBPP antara 4 pihak bertanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51540207175_bukitkukus.jpg)
Tragedi Bukit Kukus: MBPP antara 4 pihak bertanggungjawab
Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah dikenal pasti sebagai antara empat pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden tanah runtuh di Bukit Kukus Oktober lalu.
![Kajian EIA tidak dijalankan untuk projek jalan berkembar Bukit Kukus - Exco Kajian EIA tidak dijalankan untuk projek jalan berkembar Bukit Kukus - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61540463336_950x600.jpg)
Kajian EIA tidak dijalankan untuk projek jalan berkembar Bukit Kukus - Exco
Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) tidak dijalankan untuk projek pembinaan jalan berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong setelah mendapat pengecualian daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), persidan
![Tragedi Bukit Kukus: Mayat dengan jari kaki bengkok itu adik saya - Abang mangsa Tragedi Bukit Kukus: Mayat dengan jari kaki bengkok itu adik saya - Abang mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51540206869_tanahruntuh.jpg)
Tragedi Bukit Kukus: Mayat dengan jari kaki bengkok itu adik saya - Abang mangsa
Mayat Mohamad Abd Jalil, 31, ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian anggota badan serta kepala tercerai daripada tubuh di bawah timbunan tanah pada kedalaman 10 meter.
![Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh tidak sempurna - Polis Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh tidak sempurna - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41540122304_TanahRuntuh.jpg)
Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh tidak sempurna - Polis
Mayat ketujuh tragedi tanah runtuh Jalan Bukit Kukus, Md Abdul Jalil, ditemui dalam keadaan tidak sempurna.
![Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh ditemui Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71540115822_TanahRuntuh.jpg)
Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh ditemui
Mayat Md Abd Jalil, seorang warga Bangladesh berusia 34 tahun, ditemui pada pukul 4.30 petang tadi.
![Tragedi Bukit Kukus: Mungkin lebih ramai mangsa tertimbus - Bomba Tragedi Bukit Kukus: Mungkin lebih ramai mangsa tertimbus - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71540112170_TanahRuntuh.jpg)
Tragedi Bukit Kukus: Mungkin lebih ramai mangsa tertimbus - Bomba
Pihak Bomba tidak tolak kemungkinan lebih ramai mangsa, selain mereka yang tersenarai, tertimbus di bawah runtuhan Jalan Bukit Kukus.
![Tragedi Bukit Kukus: Dua lagi mayat ditemui Tragedi Bukit Kukus: Dua lagi mayat ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41540102430_TanahRuntuh.jpg)
Tragedi Bukit Kukus: Dua lagi mayat ditemui
Dua lagi mayat dijumpai tertimbus dalam runtuhan tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong hari ini.
![Mangsa hilang meningkat lima orang, operasi disambung esok - Bomba Mangsa hilang meningkat lima orang, operasi disambung esok - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81539993529_TanahRuntuh.jpg)
Mangsa hilang meningkat lima orang, operasi disambung esok - Bomba
Operasi dihentikan pada pukul 7 malam tadi atas nasihat pegawai Jabatan Mineral dan Geologi mengenai pergerakan tanah di sektor pencarian.
![Tanah runtuh Bukit Kukus: Operasi SAR dihentikan berikutan berlaku pergerakan tanah Tanah runtuh Bukit Kukus: Operasi SAR dihentikan berikutan berlaku pergerakan tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81539993529_TanahRuntuh.jpg)
Tanah runtuh Bukit Kukus: Operasi SAR dihentikan berikutan berlaku pergerakan tanah
Pihak Bomba dan Penyelamat memberitahu, operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung pada jam 8 pagi Ahad (21 Oktober).
![Tiada kerja pembinaan dilakukan ketika kejadian tanah runtuh - Chow Tiada kerja pembinaan dilakukan ketika kejadian tanah runtuh - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526313290_CHOWKONYEOW.jpg)
Tiada kerja pembinaan dilakukan ketika kejadian tanah runtuh - Chow
DOSH keluarkan arahan berhentikan kerja projek lebuh raya itu susulan beberapa rasuk konkrit terjatuh di lereng Jalan Tun Sardon Khamis lepas.