Polis mengesahkan tiada kesan penderaan ke atas dua lagi kanak-kanak lain yang dijaga pengasuh terbabit berkaitan kes kematian Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif yang mayatnya ditemui di dalam peti sejuk di rumah seorang pengasuh di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selayang pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, siasatan berhubung kematian bayi berusia lima bulan itu masih dijalankan.
Menurutnya, pihaknya telah membuat pemeriksaan terhadap kanak-kanak lain yang dijaga wanita berkenaan dan tiada kesan penderaan.
“Selain itu, suspek (pengasuh) itu juga tidak mempunyai rekod lampau malah hasil ujian air kencing terhadapnya juga negatif.
“Kita dalam usaha melengkapkan kertas siasatan dan saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana ia boleh mengganggu siasatan,” katanya.
5 Julai lalu, mayat Adam Rayqal ditemui di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya dan disahkan mengalami pendarahan dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala sebelah kiri.
BACA: Bayi tiga bulan dilarikan dari rumah pengasuh
BACA: Sebak, ibu mahu pangku Adam Rayqal dan enggan naik ambulans
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kecederaan itu disahkan hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas bayi berkenaan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur.
Keputusan bedah siasat itu sekali gus menafikan keterangan yang diberikan oleh suspek warga tempatan sebelum ini yang mendakwa bayi tersebut tersedak susu.
Sinar Harian
Sun Jul 08 2018
ALI: Suspek iaitu pengasuh terbabit tidak mempunyai rekod lampau, malah hasil ujian air kencing terhadapnya juga negatif. - Gambar fail
Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.
Jangkaan pasangan bernikah berkurangan
Dianggarkan lebih 300 pasangan dari Malaysia, khususnya Kelantan melangsungkan pernikahan mereka di selatan Thailand, melalui Islam Narathiwat tahun lepas.
Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara lima tahun, satu sebatan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Nikah luar negara, Imam mengaku tidak bersalah
Seorang imam masjid, Mohd Isa Abdul Karim, 53 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah keseluruhan RM26,300.
Mahkamah Narathiwat jamin keputusan prosiding dipercepatkan
Hakim Mahkamah Narathiwat Yuan Khao Kham beri jaminan prosiding enam rakyat Malaysia yang dihadapkan dengan pertuduhan dadah dan imigresen di Thailand akan dijalankan secara pantas.
MARii lantik Aminar Rashid pengerusi baharu lembaga pengarah
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia(MARii) mengumumkan pelantikan Datuk Dr Aminar Rashid sebagai pengerusi ahli lembaga pengarahnya yang baharu.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
MOT terus bekerjasama dengan SPRM banteras isu integriti
MOT akan terus bekerjasama dengan SPRM bagi membanteras isu integriti melibatkan kenderaan yang tidak mematuhi standard yang diluluskan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
#AWANInews
#AWANInews
MOT sedang menilai syarikat lain untuk lesen pemeriksaan kenderaan
Kementerian Pengangkutan sedang menilai permohonan syarikat lain untuk diberikan lesen untuk melaksanakan fungsi pemeriksaan berkala kenderaan bermotor secara bertauliah. #AWANInews
Tiada kesan kecederaan pada kanak-kanak lain
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, siasatan berhubung kematian bayi berusia lima bulan itu masih dijalankan.
Segera wajibkan majikan buka pusat jagaan anak-anak - Pewangi
Nabilah berkata kerajaan menerusi Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga seharusnya menjadikan tragedi yang menimpa Adam Rayqal sebagai titik tolak untuk melaksanakan cadangan tersebut.