Pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan pihaknya menamatkan peraturan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen-stesen bermula Rabu.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran berkata, langkah itu sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Pengangkutan berkaitan operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menurutnya, SOP itu membenarkan kapasiti 100 peratus penumpang dalam semua perkhidmatan rel kecuali Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Antara Bandar.
Tambahnya, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan monorel juga akan beroperasi secara normal seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Bermula 10 Jun 2020 di bawah PKPP, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Ampang/Sri Petaling, MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang dan Laluan Monorel, yang dikendalikan oleh Rapid Rail akan menamatkan arahan penjarakan sosial di dalam tren.
“Tanda-tanda penjarakan sosial di dalam tren dan stesen sudah pun dikeluarkan. Namun demikian, prosedur keselamatan dan kesihatan sedia ada akan diteruskan.
“Rapid Rail menyeru dan berharap semua pengguna mendisiplinkan diri untuk mematuhi normal baharu dalam penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memastikan usaha gigih kita mencegah penularan COVID-19 terus berkesan,” katanya.
[RESPONS TERKINI TERHADAP LAPORAN INI DI PAUTAN PADA PENGHUJUNG ARTIKEL]
Beliau berkata, antara prosedur keselamatan dan kesihatan untuk penumpang adalah pemeriksaan suhu badan dan sekiranya melebihi 37.5 darjah Celsius, mereka tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan tersebut.
“Selain itu, pemakaian pelitup muka adalah wajib kepada semua pekerja dan penumpang semasa berada di dalam sistem pengangkutan awam. Kami juga akan akan menggunakan cecair pembasmi kuman (pensanitasi tangan).
“Penggunaan fasiliti dan transaksi bukan tunai seperti pas bulanan atau kad Touch N Go adalah digalakkan. Selain itu, penumpang juga digalakkan untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera serta mengimbas kod QR selain menggunakan pensanitasi tangan yang disediakan di kawasan stesen,” katanya.
Kata Abdul Hadi lagi, Rapid Rail dijangka mampu meningkatkan kembali jumlah keseluruhan penumpang kepada 750,000 sehari berbanding di bawah 200,000 sehari ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.
“Kerja-kerja membasmi kuman dan pembersihan stesen-stesen serta di dalam tren akan diteruskan secara gigih seperti masa-masa lepas.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua para penumpang Rapid KL atas kerjasama dan perhatian baik mereka,” katanya.
Ahad lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan menamatkan PKPB pada 9 Jun dan diganti dengan PKPP berkuat kuasa bermula 10 Jun hingga 31 Ogos.
Menurut Muhyiddin Yassin, PKPP dilaksanakan sebagai fasa ‘exit strategy’ negara berdepan dengan pandemik COVID-19.
Sementara itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian pada Isnin menegaskan kerajaan belum membenarkan perkhidmatan bas beroperasi dengan kapasiti penuh.
Jelasnya, asas kepada SOP ditetapkan kerajaan adalah penjarakan sosial dan jika dibenarkan beroperasi dalam kapasiti penuh, sudah pasti tiada penjarakan sosial dipraktikkan.
BACA: Rapid Rail buat keputusan sendiri? Bikin 'Pak Long Mail' panas ...
BACA: Rapid Rail buat 'U-turn', patuh polisi penjarakan sosial
Ridauddin Daud
Tue Jun 09 2020
Kerja-kerja membasmi kuman dan pembersihan di stesen serta di dalam tren akan diteruskan secara gigih seperti sebelum ini - Rapid Rail
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Imigresen tahan 53 pendatang tanpa izin sekitar pusat beli belah Ampang
Mereka yang ditahan terdiri daripada 33 lelaki dan 20 wanita dari pelbagai negara, berumur 14 hingga 65 tahun.
Curi mesin ATM emas, tiga lelaki tempatan ditahan
Polis berkata suspek dipercayai mengupah pemandu lori untuk membawa keluar mesin itu dengan menggunakan kenderaan tersebut.
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
Geng pecah rumah warga asing tumpas
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.10 pagi, pada Isnin.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma
MPAJ memaklumkan, pusat sehenti itu merupakan inisiatif baharu MPAJ dalam usaha membantu orang awam menguruskan kereta terbiar dan tidak digunakan lagi.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.
Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok
Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini.
Lelaki dicekup kes pecah rumah di Ampang
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan pengadu yang mendapati pagar utama terbuka jam 3.30 petang pada hari kejadian.