Penumpang penerbangan boleh menarik nafas lega apabila mereka tidak lagi dikenakan pemeriksaan tubuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan mungkin juga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), mulai suku kedua tahun depan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kelonggaran itu berikutan pemasangan mesin pengimbas x-ray penumpang yang dinaik taraf oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
"Jadi tiada lagi 'raba-raba' menjelang separuh kedua tahun depan kerana pegawai keselamatan lapangan terbang tidak lagi perlu melakukan pemeriksaan fizikal ke atas tubuh penumpang," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pusat pemprosesan untuk pelepasan kru di klia2, di lapangan terbang itu di sini hari ini.
Loke berkata kebanyakan orang tidak berasa selesa apabila pemeriksaan dilakukan ke atas tubuh mereka, bagaimanapun, prosedur itu merupakan protokol keselamatan.
"Walaupun seorang menteri, apabila saya melalui mana-mana pintu masuk di sini (di lapangan terbang), saya juga perlu melalui pemeriksaan tubuh. Jadi, akan ada mesin dan kemudahan baharu yang ditempatkan untuk menambah baik perkhidmatan di lapangan terbang," katanya lagi.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan MAHB Raja Azmi Raja Nazuddin berkata mesin pengimbas x-ray penumpang yang baharu itu disasarkan untuk dipasang pada suku kedua tahun depan.
"Pada masa ini tumpuan adalah KLIA dan MAHB turut menimbangkan untuk menempatkan mesin serupa di klia2. Bagaimanapun, MAHB masih mengkaji butiran serta jumlah mesin yang akan dipasang, dan pengumuman lanjut akan dibuat kemudian," katanya.
Mengenai pusat pemproses untuk pelepasan kru, Loke berkata kru semua syarikat penerbangan yang beroperasi di klia2 hanya akan mengambil masa 10 minit untuk sampai ke pintu pelepasan dan mereka boleh memintas bangunan terminal apabila pusat pelepasan kru penerbangan siap menjelang 2019. Pusat berkenaan akan dibina oleh MAHB.
Pusat pelepasan berharga RM2.7 juta itu akan dilengkapi tiga kaunter imigresen serta sebuah kaunter kastam dan dikendalikan oleh petugas tambahan daripada agensi berkaitan di samping pegawai keselamatan penerbangan daripada MAHB.
Sementara itu, MAHB dalam kenyataan yang diedarkan pada majlis itu berkata, setakat Ogos 2018, KLIA merekodkan 40 juta penumpang bagi kedua-dua terminal, dengan klia2 merekodkan 21.3 juta penumpang, peningkatan sebanyak 7.8 peratus bagi tempoh sama tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 21 2018

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berucap pada Majlis Pecah Tanah Bagi Pembinaan Pusat Pemprosessan Khusus Bagi Crew Pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini. - Foto BERNAMA

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

MOT bentang permohonan projek KXP kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat
MOT akan membentangkan memorandum permohonan lesen aerodrom bagi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk keputusan selanjutnya.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Parlimen: Tiga syarikat alternatif Puspakom bukan 'syarikat RM2' - Loke
Beliau berkata syarikat itu merupakan syarikat bertujuan khas (SPV) yang ditubuhkan untuk memasuki permohonan PPKM.

Pelabuhan Klang sasar kendali 15 juta TEU kontena pada 2025 - Loke
Loke berkata ini disokong oleh pertumbuhan positif ekonomi domestik, pembangunan projek-projek infrastruktur dan pertumbuhan kargo menerusi sektor pembuatan dan logistik.

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Pemeriksaan kenderaan: Anthony Loke umum 3 syarikat baharu, henti monopoli Puspakom
MOT lantik tiga syarikat baharu untuk melaksana pemeriksaan kenderaan, menamatkan monopoli Puspakom. Pelantikan ini diyakini dapat meningkatkan daya saing dan mudahkan pengguna.

Parlimen: MOT umum syarikat baharu pusat pemeriksaan kenderaan motor esok - Loke
Kementerian Pengangkutan akan mengumumkan beberapa syarikat baharu yang akan diberi kelulusan untuk membuka Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) yang baharu esok.