Kementerian Pendidikan mempersoal laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang mendapati masalah kemiskinan bandar berkait rapat dengan masalah kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak.
Di mana ia salah satu faktor yang menyebabkan kes kekurangan berat badan, terbantut, dan kurus kering dalam kalangan kanak-kanak di PPR dan mencatatkan dua kali ganda lebih tinggi berbanding purata kes di Kuala Lumpur.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan tiada laporan murid-murid terbantut dan tidak mampu membeli makanan sama ada di sekolah bandar atau luar bandar.
"Bagi satu laporan yang dikeluarkan UNICEF, saya tidak tahu lah macam mana laporan itu boleh dikeluarkan dan dibandingkan pula dengan Ghana.
"Kita sendiri boleh lihat sebenarnya, tiada pelajar-pelajar sebegini (yang terbantut dan kurang nutrisi) kalau kita hendak bandingkan dengan Ghana dari segi pemakanan.
BACA: Terbantut, kurus kering: Ada keluarga di PPR hanya hidangkan satu lauk sehari
"Ini kerana kita bagi (Rancangan Makanan Tambahan) kepada semua pelajar-pelajar yang memerlukan sama ada di bandar atau luar bandar.
"Kita juga ada kajian dan tidak ada setakat ini di sekolah yang menunjukkan bahawa ada murid-murid yang tak mampu, sampai begitu teruk sekali dan tidak ada kes lagi yang dalam laporan daripada guru menunjukkan bahawa murid tak makan di sekolah," ujarnya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Pantai Dalam) yang bertanyakan apakah langkah yang diambil Kementerian Pendidikan susulan laporan UNICEF yang menunjukkan tahap nutrisi dan pertumbuhan kanak-kanak di Malaysia lebih kritikal berbanding Ghana.
Tambah beliau, pihak sekolah turut menjalankan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) untuk pelajar-pelajar di sekolah menengah dalam memastikan murid berada dalam kesiahatan yang memuaskan terutama dalam aspek obesiti dan kurang nutrisi.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Mar 13 2018

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan tiada laporan murid-murid terbantut dan tidak mampu membeli makanan sama ada di sekolah bandar atau luar bandar. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

5.2 juta rakyat Haiti memerlukan bantuan kemanusiaan mendesak
Menurut UNICEF, situasi semasa di Haiti adalah lebih buruk berbanding sebelum ini.

100,000 kanak-kanak di Habsyah berdepan kebuluran
Jumlah itu menyaksikan peningkatan 10 kali ganda daripada jumlah purata tahunun sebelum ini di Tigray.

Rakyat di negara-negara amal penyediaan makanan tradisional kurang alami obesiti
Walaupun ekonomi negara-negara tersebut telah berkembang pesat dan kadar obesiti mereka seharusnya sepadan dengan negara-negara Barat, tetapi mereka tidak obes seperti sepatutnya.

Ibu durjana paksa dua anak makan najis anjing
Mary Elizabeth Moore didapati bersalah dan terbukti dengan sengaja melakukan perbuatan keji itu kepada anaknya yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun.

Lebih 7 juta kanak-kanak Yaman berdepan kebuluran
Katanya, sebanyak 1.8 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun berdepan masalah kekurangan zat makanan yang buruk.

'Tiada laporan murid terbantut, tak mampu beli makanan' - Mahdzir Khalid
Kementerian Pendidikan mempersoal laporan UNICEF yang mendapati masalah kemiskinan bandar berkait rapat dengan masalah kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak.