Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan seorang tokoh yang amat payah untuk diperalat sesiapa atau dipengaruhi untuk kepentingan mana-mana individu atau parti politik.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, pengalaman politik Dr Mahathir yang amat luas sekali gus menjadikan tokoh itu dapat melihat perspektif dan masa depan UMNO secara meluas tanpa bantuan atau pengaruh sesiapa.
"Ini keistimewaan kualiti jati diri yang ada pada Dr Mahathir. Kita dapat lihat 20 tahun ke hadapan tetapi Dr Mahathir mampu melihat masa hadapan parti dan negara untuk 100 tahun ke hadapan. Perjuangan Dr Mahathir hanyalah demi kepentingan bangsa, agama, negara dan UMNO.
"Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang agenda untuk kepentingan diri. Jadi di manakah asasnya jika ada pihak yang mendakwa Dr Mahathir dipengaruhi dan diperalatkan oleh pihak tertentu," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Khairuddin mengulas dakwaan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang mengingatkan ahli UMNO supaya waspada dengan gerakan pihak tertentu yang memperalatkan Dr. Mahathir untuk menyerang Datuk Seri Najib Razak sehingga memaksanya melepaskan jawatan Perdana Menteri.
Kata Syed Ali, terdapat pihak tertentu yang sengaja menganjurkan perhimpunan dengan mengundang Dr. Mahathir memberikan ceramah yang keseluruhannya dilihat sebagai serangan terhadap Najib.
BACA: Kini masa dah Tun M gagal jelaskan isu sebenar 1MDB - Tun Faisal
BACA: PRK: 'Kritikan Tun M macam ceramah percuma untuk Pakatan Rakyat' - Soi Lek
BACA: Tun M tak boleh paksa orang percaya pandangannya - Zahid Hamidi
Dalam pada itu jelas Khairuddin, realitinya Dr Mahathir amat bijak dan setiap tindakan dilihat terlalu ikhlas walau diberi tekanan oleh mana-mana pihak.
"Apabila melihat situasi urus tadbir negara yang amat teruk dibelenggui oleh pelbagai skandal yang bakal meranapkan negara serta Barisan Nasional (BN), Dr Mahathir mula risau seterusnya bercakap atas dasar kebenaran.
"Platform apa lagi yang Dr Mahathir ada? Seperti kata Dr Mahathir sebelum ini, dia sudah menegur melalui saluran dalaman parti sejak bertahun lamanya namun tiada reaksi dari pemimpin tertinggi negara," katanya.
Ujarnya lagi, kini sudah tiba masa Dr Mahathir untuk bercakap secara terbuka demi menjaga kesejahteraan negara dan tindakannya membuktikan kata-katanya.
"Saya secara peribadi pernah mencadangkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menjemput Dr Mahathir untuk memberi penerangan secara tertutup dengannya namun tidak mendapat apa-apa reaksi sehingga hari ini.
"Segelintir dari pemimpin UMNO hanya bercakap tetapi tidak mahu buat. Inilah masalah dengan mereka sejak sekian lama," katanya.
BACA: Dr Mahathir akui mahu Najib jadi PM kerana kenang jasa Tun Razak
BACA: 'UMNO lebih kuat jika ada ramai pemimpin macam Nur Jazlan' - Khairuddin
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jentera BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh akan memberi penjelasan sewajar terhadap perkara dan isu yang dibangkitkan Dr Mahathir.
Astro Awani
Wed Apr 29 2015
KHAIRUDDIN: Tiada orang boleh pengaruh dan peralat Tun M - Gambar fail
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Kes 'Kutty': Tun Mahathir tunjuk salinan asal kad pengenalan, dokumen keluarga kepada wartawan
Dr Mahathir menunjukkan beberapa salinan dokumen termasuk kad pengenalan lama miliknya, isteri dan empat anaknya berserta surat beranak asal bagi membuktikan nama sebenarnya.
RCI Batu Puteh syor siasatan jenayah terhadap Dr Mahathir
RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Tun Dr Mahathir.
Ulang tahun ke-99: Seluruh hidup saya untuk berkhidmat kepada negara - Tun M
Dr Mahathir berkata, beliau berterima kasih di atas semua sokongan yang diberikan kepadanya pada masa dahulu.
Tun Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam tekan rejim Zionis
Dr Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam yang dianggarkan berjumlah 1.7 bilion di seluruh dunia terhadap barangan Israel akan menekan rejim Zionis.
Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
Lantikan penjawat awam ikut merit bukan kuota kaum - SPA
SPA menyatakan kaedah pelantikan penjawat awam adalah telus berdasarkan merit dan kompetensi calon dan bukannya mengikut kuota untuk suatu kaum atau etnik tertentu.
Ramasamy gesa Anwar pecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam
Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mereformasikan perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu dimana dakwanya dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj
Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang?
Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
PRU15: Larangan telefon bimbit, Tun Mahathir ucap terima kasih kepada SPR
Tun Dr Mahathir merakamkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bersetuju dengan cadangannya supaya tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit sewaktu mengundi PRU15.