Kerajaan tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk membawa masuk abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata, kementerian berkaitan juga telah diarahkan untuk melakukan siasatan berhubung perkara itu.
"Kita tidak pernah menerima permohonan atau apa-apa tentang membawa balik abu mendiang Chin Peng.
"Kita fikirkan ada sensitiviti, ada juga jasa dan pengorbanan perwira dulu. Jadi kita tengok (siasatan) bagaimana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan 'Smart Technology For Smart City Summit 2019 di Hotel Concorde, di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.
Dr Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia, baru-baru ini.
Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan, melaporkan abu mayat pemimpin PKM itu sudah dibawa masuk ke negara ini pada 16 September lepas, walaupun kerajaan kekal dengan dasar melarang abu mayat Chin Peng dibawa masuk.
Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pihaknya masih mendapatkan maklum balas daripada tujuh negeri yang dilaporkan masih belum bersetuju untuk meminda enakmen berkaitan penetapan had umur minimum perkahwinan bagi kanak-kanak perempuan kepada 18 tahun.
Beliau berkata, maklum balas itu termasuk dari Sarawak yang mana negeri itu mempunyai banyak perbezaan dengan Semenanjung berhubung undang-undang perkahwinannya.
"Kita mahukan supaya (had umur) ini ditingkatkan supaya anak kita tidak kira lelaki atau perempuan memahami bahawa perkahwinan itu adalah satu tanggungjawab.
"... dan kita tidak mahu kadar perceraian terutama membabitkan golongan muda adalah tinggi sehingga menjadi satu masalah sosial," katanya.
Dr Wan Azizah sebelum ini memaklumkan setakat ini, hanya lima negeri yang bersetuju untuk meminda Enakmen atau Ordinan Undang-undang dan had umur minimum perkahwinan.
Negeri itu ialah Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak, manakala Selangor telah meminda enakmen itu dan Wilayah Persekutuan dalam proses pindaan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam peringkat akhir menyiapkan draf Pelan Strategik Kebangsaan bagi menangani masalah perkahwinan bawah umur. - BERNAMA
BACA: 'Abu Chin Peng telah ditabur di Lumut, banjaran Titiwangsa' - Laporan
Bernama
Wed Nov 27 2019

Kerajaan tidak menerima permohonan untuk membawa masuk abu mendiang Chin Peng, kata Dr wan Azizah Wan Ismail. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jangan hangatkan isu abu Chin Peng - Anwar
Anwar Ibrahim tegaskan, isu abu pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM), mendiang Chin Peng yang dibawa masuk ke negara ini oleh sekumpulan individu baru baru ini tidak perlu dihangatkan.

Polis panggil kumpulan bawa masuk abu Chin Peng
Polis akan memanggil kumpulan yang terlibat dalam pengurusan membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Kerajaan tidak pernah benar abu Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia - Muhyiddin
Kerajaan tidak pernah membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, dibawa pulang ke Malaysia, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Abu Chin Peng: Tunggu kenyataan KDN - Mat Sabu
Kementerian Pertahanan menunggu kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam isu melibatkan dakwaan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

Tiada permohonan bawa masuk abu Chin Peng
Kerajaan tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk membawa masuk abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Malaysia.