Kerajaan tidak merancang melakukan sebarang perubahan berhubung pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dimulakan pada September lalu.
Selain itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, kerajaan juga tiada cadangan untuk meningkatkan kadar cukai tersebut yang dikenakan terhadap pelancong asing.
"Melalui penelitian perkara ini, ia membuktikan bagi tempoh jangka panjang, pelaksanaan Cukai Pelancongan akan memberi kesan positif.
"Sokongan kewangan yang berterusan ini akan membantu kerajaan dalam usaha menaiktaraf produk pelancongan dalam negara," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) sama ada kerajaan bercadang untuk mengkaji semula atau membatalkan Cukai Pelancongan yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pelancongan 2017.
BACA: Cukai Pelancongan: Kerajaan Persekutuan bayar balik RM5 kepada kerajaan negeri
BACA: 50 peratus cukai pelancongan kepada negeri wajar
BACA: Kerajaan mansuh cukai pelancongan ke atas warganegara
Cukai Pelancongan mula diperkenalkan kerajaan pada 1 September 2017 pada kadar RM10 bagi setiap bilik untuk satu malam bagi pelancong asing.
Sebelum ini, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) pernah menggesa supaya cukai tersebut dimansuhkan kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
Hafiz Marzukhi
Mon Aug 06 2018

MUHAMMAD BAKHTIAR: Sokongan kewangan yang berterusan ini akan membantu kerajaan dalam usaha menaiktaraf produk pelancongan dalam negara. - Gambar fail

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Lima tumpuan dalam kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan
178 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Sabtu. Jumlah itu semakin meningkat berbanding beberapa hari lalu.

Teater 'Bilik' bukan pementasan biasa budak sekolah
Bukan sekadar berlakon, pelajar dalam lingkungan umur 14 hingga 15 tahun ini turut terlibat daripada proses cetusan idea, pengarahan hingga ke pengurusan produksi dalam pementasan teater 'Bilik'.