Perhimpunan Padang Merbok yang dijadualkan pada 16 September ini diteruskan meskipun permit daripada pihak berkuasa masih belum diperolehi.
Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunus berkata, tidak ada sebab untuk mana-mana pihak menggagalkan perhimpunan itu dengan apa cara sekalipun.
"Kami bersama bersama 250 NGO Melayu hanya mahu mengadakan perhimpunan aman seperti yang dibenarkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 dan bukan bertujuan mengganggu gugat ketenteraman awam.
"Kenapa orang Melayu tidak boleh berhimpun? Kenapa apabila pihak (pembangkang) buat, dihalalkan dengan menggunakan apa juga cara?" soalnya semasa sidang media selepas mesyuarat bersama wakil-wakil NGO Melayu di sini hari ini.
Pada majlis yang sama, Jamal, yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar memaklumkan bahawa Persekutuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) akan menjadi penganjur kepada Perhimpunan Padang Merbok itu.
Perhimpunan tersebut dijadual bermula pada pukul 3 petang di mana peserta akan berkumpul di beberapa 'check point' termasuk di sekitar Bukit Bintang sebelum berjalan ke lokasi perhimpunan.
Sebelum ini, Jamal dilaporkan berkata, sekulasi pembatalan perhimpunan yang membabitkan penyertaan sekurang-kurangnya 300,000 orang pada 16 September adalah tidak benar semata-mata.
Tegasnya, perhimpunan aman itu tetap akan diadakan walaupun terdapat pelbagai halangan termasuk tidak mendapat kebenaran polis.
Pada Rabu, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO tidak pernah terlibat dalam penajaan atau sebarang perkara melibatkan perhimpunan yang dijadualkan pada 16 September ini.
Bagaimanapun katanya, ada beberapa pemimpin parti yang terlibat kerana menjadi wakil di dalam badan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan kesediaan untuk menyertai perhimpunan tersebut.
Dalam pada itu ketika ditanya motif diadakan Perhimpunan Padang Merbok, ini kata Jamal;
"16 September ini Hari Malaysia, jadi apa salahnya kami berhimpun? Kami sudah nekad akan memakai baju merah pada hari itu dan berkumpul di Bukit Bintang dan Jalan Petaling menuju Padang Merbok. Soal polis bagi tak bagi itu kerja mereka.
"Penganjur sudah memohon permit daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun masih belum mendapat maklum balas. Ia bukan perhimpunan untuk merusuh dan semua peniaga boleh menjalankan perniagaan seperti biasa."
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu akan memanggil penganjur perhimpunan tersebut dalam satu perjumpaan dengan polis.
Tegas Khalid, pihaknya juga tidak akan membenarkan perhimpunan itu berlangsung dan akan mengarahkan ketua polis Kuala Lumpur bertemu pihak penganjur bagi menghalang mereka meneruskan rancangan berhimpun di jalanan pada 16 September.
Wan Syamsul Amly
Thu Sep 10 2015
!['Tiada pihak boleh halang Perhimpunan Padang Merbok pada 16 September' - Jamal 'Tiada pihak boleh halang Perhimpunan Padang Merbok pada 16 September' - Jamal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51441891726_Pesaka.jpg)
Jamal (tengah, duduk) bersama ahli-ahli Pesaka ketika sidang media hari ini. - Astro AWANI/Wan Syamsul Amly
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737906024_AnwarIbrahim.jpg)
Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar
Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Pensijilan halal: Perlu ada kajian lebih mendalam, menyeluruh - PRESMA Pensijilan halal: Perlu ada kajian lebih mendalam, menyeluruh - PRESMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725964562_JawaharAli.jpg)
Pensijilan halal: Perlu ada kajian lebih mendalam, menyeluruh - PRESMA
Kerajaan harus menyuntik kesedaran dan galakan kepada pemegang taruh terlebih dahulu sebelum mewajibkan pelaksanaan tersebut.
![Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698479408_MahathirMohamad.jpg)
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
![Wujudkan ‘Team Sukses UMNO’, kembalikan kegemilangan parti – Tok Mat Wujudkan ‘Team Sukses UMNO’, kembalikan kegemilangan parti – Tok Mat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724252748_TBTOKMAT.jpg)
Wujudkan ‘Team Sukses UMNO’, kembalikan kegemilangan parti – Tok Mat
Tok Mat berkata, Team Sukses UMNO harus dipacu dari satu sahaja pusat kawalan dan mesti disambut oleh semua di pelbagai negeri, bahagian.
![INSKEN kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri bantu usahawan asnaf - Ewon INSKEN kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri bantu usahawan asnaf - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687343201_TBEwonBenedick.jpg)
INSKEN kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri bantu usahawan asnaf - Ewon
INSKEN telah bekerjasama dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri bagi membantu usahawan asnaf melalui pelaksanaan program pembangunan latihan keusahawanan.
![Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696939782_TBISMAILSABRI.jpg)
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
![Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703405239_AMANAH.jpg)
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
![Isu Perdana Menteri bukan Melayu sengaja dimainkan - Mat Sabu Isu Perdana Menteri bukan Melayu sengaja dimainkan - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702116498_MohamadSabu.jpg)
Isu Perdana Menteri bukan Melayu sengaja dimainkan - Mat Sabu
Perkara itu seharusnya bukan perkara yang perlu dibimbangi, namun, sengaja dibangkitkan untuk menimbulkan spekulasi.
![Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701679993_TBTokMatjpg.jpg)
Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.
![Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682566968_TBketereh.jpg)
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.