Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan kereta api yang berlaku di Iskandariah, Mesir pada Jumaat (11 Ogos) yang meragut 41 nyawa dan mencederakan 179 yang lain.
Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah akan terus memantau perkembangan insiden berkenaan.
"Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah menerusi talian +2 0237610013, +201200276388 atau menerusi e-mel [email protected]," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar juga turut melahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.
Media tempatan melaporkan dua buah kereta api bertembung, mungkin disebabkan oleh kerosakan pada satu daripada kereta api berkenaan yang mengakibatkannya terhenti di atas landasan sebelum dirempuh sebuah lagi kereta api.
Sebuah kereta api itu sedang menghala dari Kaherah ke Iskandariah manakala satu lagi dari bandar Port Said ke Iskandariah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2017

Dua buah kereta api dilaporkan bertembung, mungkin disebabkan oleh kerosakan pada satu daripadanya, mengakibatkan ia terhenti di atas landasan sebelum dirempuh sebuah lagi kereta api. REUTERS

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

Apartmen tiga tingkat runtuh, enam disahkan terkorban
Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian bagi mencari mangsa yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan bangunan tiga tingkat itu.

Mesir hukum mati 17 individu terlibat serangan gereja
Mahkamah tentera Mesir pada Khamis menjatuhkan hukuman mati terhadap 17 individu kerana terlibat dalam beberapa serangan bom di gereja.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan di Iskandariah
Kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah akan terus memantau perkembangan insiden berkenaan.

Tiada rakyat Malaysia cedera dalam serangan bom di Mesir - Wisma Putra
Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera di dalam insiden serangan bom di dua buah gereja di Mesir, semalam.