Tiada unsur hasutan dalam protes yang diadakan di hadapan gereja di Taman Medan semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurut beliau, ini adalah kerana bantahan tersebut diadakan berhubung isu lokasi gereja dan bukan menyentuh soal agama Kristian.
"Kita tidak lihatnya sebagai menghasut kerana ia tidak menyentuh tentang agama Kristian tetapi hanya tentang lokasi gereja berkenaan," katanya seperti dipetik The Malaysian Insider.
Sekumpulan 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya pada Ahad dilapor melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah gereja yang baru sahaja dibuka di situ.
Mereka turut mempersoalkan lambang salib yang diletakkan di luar gereja berkenaan selain menuntut ia diturunkan kerana lambang suci penganut Kristian itu dikatakan boleh mempengaruhi minda penduduk muda beragama Islam di sana.
Sementara itu, salah seorang penduduk Taman Medan, Datuk Abdullah Abu Bakar ketika dihubungi berkata, beliau telah dimaklumkan oleh pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bahawa gereja tersebut tidak mendapat kebenaran untuk beroperasi.
"Tentang (urusan) menjalankan aktiviti tanpa kebenaran, kita serah kepada pihak berkuasa untuk selesaikannya," katanya kepada Astro AWANI.
Selain itu, katanya beliau juga telah berjumpa dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan beliau (Ahmad Phesal) memaklumkan akan membawa perkara ini ke peringkat negeri.
Dalam pada itu, Abdullah turut memberitahu bahawa adiknya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menghubunginya kira-kira jam 12 tengah hari tadi untuk bertanya tentang situasi isu berkenaan.
"Jadi, saya beritahulah pada adik saya... tak ada apa, semua dah selesai. Dan saya pun dah terangkan situasi sebenar," katanya.
Pada petang tadi juga, Abdullah telah mengadakan sidang media bersama penduduk Taman Medan bersama Ahmad Phesal dan pihak MBPJ.
Astro Awani
Mon Apr 20 2015
KHALID: Kita tidak lihatnya sebagai menghasut kerana ia tidak menyentuh tentang agama Kristian tetapi hanya tentang lokasi gereja berkenaan. -Gambar fail
Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak, Pahang kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat ketara manakala di Pahang kekal setakat 8 pagi.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.
ASEAN 2025: Malaysia ketengah tiga tonggak utama di Pemukiman Menteri Luar
Tiga tonggak utama yang akan diketengahkan ialah politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.
Malaysia yakin hadapi sebarang cabaran mungkin berlaku daripada pentadbiran Trump
Masih terlalu awal untuk memastikan bahawa ketegangan antara China dan Amerika Syarikat akan berlaku semasa pentadbiran Trump.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
Isu salib: Polis rakam keterangan abang KPN
Polis telah merakam keterangan Datuk Abdullah Abu Bakar selepas menyoal siasatnya selama hampir tiga jam berhubung insiden bantahan gereja di Taman Medan.
Abang KPN nafi ketuai bantahan gereja Taman Medan
Penduduk Taman Medan, Datuk Abdullah Abu Bakar menafikan telah mengetuai protes membantah salib di sebuah gereja di taman tersebut.
Tiada unsur hasutan dalam bantahan gereja Taman Medan - KPN
Tiada unsur hasutan dalam protes yang diadakan di hadapan sebuah gereja di Taman Medan semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.