Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zainuddin Mohd Ali pada Isnin menafikan kononnya berlaku penularan wabak berkaitan influenza di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

Sebaliknya beliau berkata kes yang berlaku adalah demam dan selsema.

"Orang ramai tak perlu khuatir. Mesej yang tidak tepat ini harus dihentikan," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mesej tular di media sosial yang menyeru orang ramai memakai penutup hidung dan mulut dan tidak ke HTAN buat sementara berikutan penularan wabak influenza B.

-- BERNAMA