Ahli Parlimen Batu Tian Chua ditahan di Permatang Pauh ketika sedang perkempen untuk presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi pilihan raya kecil pada malam Sabtu.

Menurut ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong, Naib Presiden PKR itu ditahan di Jalan Tuna.

Tian Chua dalam satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di Twitter berkata beliau dibawa oleh pihak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Perda, dan beliau percaya akan dibawa ke lokap di Kuala Lumpur.




Sementara itu, Tian Chua dalam tweet terbaharunya berkata beliau dalam perjalanan ke IPD Dang Wangi dimana keterangan beliau akan diambil oleh pegawai penyiasat.


Anak kepada Wan Azizah, iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah turut memuat naik perkara berkenaan di laman twitternya.


Penahanan Tian Chua dipercayai ada kaitan dengan Perhimpunan #BatalGST pada Jumaat.