Dakwaan bahawa Malaysia akan menjadi bankrap berikutan kejatuhan nilai ringgit dan penurunan harga minyak adalah tidak benar, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Beliau berkata ekonomi negara ketika ini masih berkembang kukuh pada kadar melebihi lima peratus dengan pelbagai pembaharuan akan dibuat bagi memastikan kerajaan terus berbelanja secara berhemah.
Katanya selain Malaysia, banyak negara yang bergantung kepada ekonomi berasaskan komoditi seperti Australia, Rusia dan Brazil mengalami kejatuhan nilai mata wang yang lebih teruk berikutan penurunan harga minyak dunia dan pengukuhan dolar Amerika.
"Sekarang ekonomi kita masih berkembang dan lebih kukuh berbanding krisis kewangan 1997/1998 di mana perkembangan ekonomi kita ketika itu adalah negatif.
"Namun ketika ini kita masih lagi boleh membayar gaji kakitangan awam. Kalau kita nak bankrap, kita tak mampu bayar (gaji)," katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena rakaman program bual bicara khas TV Alhijrah bertajuk 'Tea Time With Managing Director of Shell Malaysia, Azman Ismail' di sini hari ini.
Bagaimanapun Mohd Irwan mengakui kerajaan berhadapan dengan cabaran yang amat besar ketika ini berikutan masalah ekonomi dan ketidakstabilan politik yang berlaku serentak.
"Bagi saya keadaan sekarang amat mencabar. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara berlaku masalah politik, ekonomi dan kejatuhan ringgit serentak. Banyak yang perlu kita selesaikan," jelasnya.
Beliau berkata penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan bagi mengatasi krisis ekonomi negara.
Mohd Irwan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan langkah yang perlu dilakukan berdasarkan cadangan daripada jawatankuasa itu tidak lama lagi selain pengumuman Bajet 2016 pada 23 Okt depan.
"Inilah antara perancangan kerajaan. Bukan semuanya cantik, setiap negara ada kekurangan tetapi kita cuba perbanyakkan perkara yang baik supaya ekonomi negara kekal kukuh," jelasnya.
Bernama
Sun Sep 06 2015

MOHD IRWAN: Sekarang ekonomi kita masih berkembang dan lebih kukuh berbanding krisis kewangan 1997/1998 di mana perkembangan ekonomi kita ketika itu adalah negatif. -Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

TGIF Malaysia tidak terjejas dengan penyusunan semula TGIF Inc
Pemegang francais induk dan pemaju TGIF Malaysia mengesahkan operasinya kekal stabil serta bakal membuka cawangan baharu tidak lama lagi.

Sebutan kes Norjuma hina mahkamah Januari tahun depan
Mahkamah menetapkan sebutan kes menghina mahkamah membabitkan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed, pada 28 Januari tahun depan.

Risiko bankrap: Usah mudah percaya sesiapa walau orang terdekat
Walaupun kini bebas, segala derita yang diharungi akibat tindakan individu yang amat dipercayai, masih tersemat dalam ingatannya hingga hari ini.

10 hingga 13 peratus penjawat awam bankrap antara 2021 hingga tahun ini
Kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan antara 2021 hingga tahun ini melibatkan penjawat awam.

SPRM fokus bankrapkan penjenayah rasuah, kembalikan aset kepada kerajaan - Azam Baki
Katanya, operasi SPRM kini lebih fokus kepada bukan sahaja menangkap dan mendakwa perasuah di mahkamah, tetapi juga membankrapkan mereka.

Belanjawan Madani 2025: Kerajaan terus tambah baik Dasar Peluang Kedua, bantu golongan muflis
Belanjawan Madani 2025: Kerajaan terus tambah baik Dasar Peluang Kedua, bantu golongan muflis

Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.

Akta Insolvensi (Pindaan) bantu keluar daripada kegelapan muflis
'Dasar peluang kedua' menyasarkan pelepasan hingga 130,000 individu bankrap, bertujuan memberi kehidupan lebih baik kepada kelompok berkenaan.

Peluang kedua individu bankrap, Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 berkuat kuasa esok
Penguatkuasaan Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 [A1695] akan dilaksanakan mulai esok, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Lebih 30,000 belia bawah 35 tahun bankrap - Ramkarpal
Seramai 31,140 belia berusia 35 tahun ke bawah telah didaftarkan sebagai bankrap sejak 2014 hingga Mei 2023 berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).