Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tidak timbul isu cepat atau lambat dalam mendapatkan keputusan hasil siasatan serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang ditemui di Pulau La Reunion kerana Malaysia dan Perancis mempunyai cara dan kepakaran masing-masing.
"Pakar kita buat keputusan (pengumuman) sebelum ini bahawa flaperon itu berdasarkan rekod teknikal sedia ada dengan MAS. Sebab itu kita cepat (buat keputusan).
"Bagi pihak Perancis, mereka hendak membuat kajian dan pengesahan lanjut. Kita setuju dan tiada masalah. Mereka pergi ke Boeing termasuk mengambil nombor pendaftaran. Jadi akhirnya, keputusan yang sama dengan Malaysia.
"Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendapatkan pengesahan. Kita yakin memang milik MH370. Kenapa lambat atau cepat, tanyalah Perancis," katanya.
Beliau mengulas tindakan beberapa pihak yang mempersoalkan tindakan Malaysia membuat pengumuman pengesahan serpihan sayap yang ditemui itu adalah milik MH370 lebih awal daripada Perancis.
Presiden MCA itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Wilayah Persekutuan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Wangsa Maju di sini, hari ini.
Liow berkata semua pihak yang terlibat dalam siasatan termasuk Malaysia perlu menunggu analisis pakar dari kumpulan usaha pencarian di Australia yang masih mencari MH370 untuk tindakan lanjut.
Dilapor pada 4 Sept, Pendakwaraya Perancis mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370.
Menurut laporan Reuters, pendakwa raya Perancis berkata seorang juruteknik dari Airbus Defense and Space (ADS-SAU) di Sepanyol yang membuat alatan untuk Boeing, mengesahkan satu daripada tiga nombor yang ditemui di serpihan sayap itu adalah nombor siri bagi MH370 Boeing 777.
Serpihan sayap berkenaan ditemui di pantai pulau jajahan Perancis itu pada 29 Julai lepas.
Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing itu hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014.
Pada 6 Ogos lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan serpihan sayap yang ditemui itu adalah milik MH370.
Bernama
Sun Sep 06 2015

Beliau mengulas tindakan beberapa pihak yang mempersoalkan tindakan Malaysia membuat pengumuman pengesahan serpihan sayap yang ditemui itu adalah milik MH370 lebih awal daripada Perancis. - Gambar Fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15.

PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liong Tiow Lai.

PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.

PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?
Parlimen Bentong menjadi kerusi selamat buat MCA selama 13 PRU sebelum dirampas DAP pada tahun 2018.

PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong
MCA menyokong penuh pencalonan bekas Ahli Parlimen Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai untuk merampas kembali kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.

BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.

Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
Dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden, Tiong Lai zahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu mengembangkan karier politiknya.

Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.