Dalam usaha menggapai semula gelaran ‘Harimau Asia’, golongan Melayu dan Bumiputera tidak boleh leka dengan segala hak dan keistimewaan yang sedikit sebanyak menyumbang kepada punca ketinggalan.
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata Kerajaan perlu menyusun langkah dan memberikan tumpuan untuk mengatasi tekanan ekonomi terutamanya bagi membantu golongan B40.
Justeru, Osman menggariskan tiga agenda yang perlu dilaksanakan bagi memastikan Melayu dan Bumiputera tidak lagi ketinggalan terutama dalam sektor ekonomi.
“Pertama, diperingkat Kerajaan perlulah memperkasa agenda Bumiputera melalui Majlis Tindakan Ekonomi yang merentasi semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), kementerian dan pemegang taruh untuk melihat semula manfaat yang boleh diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan khususnya Bumiputera.
“Agenda Bumiputera baharu mestilah menekankan kepentingan sesetengah kelompok masyarakat khususnya golongan B40 dan bukannya hanya mencipta gedung- gedung elit ekonomi semata-mata. Agenda menghapuskan kemiskinan dan ketidakadilan adalah agenda bersama yang perlu diperjuangkan oleh semua pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Dasar Bumiputera pada Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Universiti Teknologi MARA di sini, pada Isnin.
Beliau yang juga Pengerusi Bersatu Johor turut mencadangkan supaya peranan GLC ditingkatkan dalam memberi peluang kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang baharu.
“Saya melihat generasi muda terdiri daripada graduan yang berkualiti. Cuma peluang untuk mereka mengutip dan mengumpul pengalaman adalah terhad. Jadi, disinilah peluang GLC untuk membantu anak-anak muda ini menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan.
“Peranan ini boleh dilaksanakan dengan mewujudkan kuota tertentu kepada syarikat bumiputera muda dengan menyediakan peluang dan pendedahan dalam usaha mempersiapkan mereka untuk bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi yang lain,” ujarnya.
Selain itu, beliau turut mencadangkan di peringkat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mewujudkan skim dana harta dengan memberikan geran kepada syarikat Bumiputera bagi memulakan perniagaan.
“Ini seperti program Kursus Khas Kontraktor Binaan Bumiputera yang pernah diwujudkan pada tahun 1992 oleh perdana menteri bagi memastikan projek yang diagihkan dapat disiapkan dengan baik selaras dengan taraf wibawa yang disandang.
“Program ini bagi memperkukuhkan keupayaan Bumiputera dalam mengurus syarikat, menerapkan etika niaga yang baik serta memupuk sikap positif disamping menyemai semangat dedikasi, ketekunan dan komitmen kepada budaya kerja yang berkualiti di kalangan kontraktor Bumiputera,” katanya.
Justeru, beliau melihat inisiatif tersebut secara tidak langsung mempersiapkan Bumiputera dalam mendepani arus revolusi industri 4.0.
Harits Asyraf Hasnan, Madiha Abdullah
Mon Apr 01 2019

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata Kerajaan perlu menyusun langkah dan memberikan tumpuan untuk mengatasi tekanan ekonomi terutamanya bagi membantu golongan B40. - Gambar fail/BERNAMA

KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).
Pemotongan bantuan AS jejas keselamatan global
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres, menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap pemotongan besar dalam bantuan asing Amerika Syarikat, menyatakan bahawa langkah ini memberi kesan buruk kepada golongan paling terdedah di seluruh dunia.
Guterres menegaskan bahawa pemotongan ini menjadikan dunia kurang sihat, kurang selamat, dan kurang makmur.
Guterres menegaskan bahawa pemotongan ini menjadikan dunia kurang sihat, kurang selamat, dan kurang makmur.
Fokus Minggu Depan: Menikmati sambutan bulan mulia dengan lebih bermakna
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Pembinaan bangunan MOM baharu libatkan kos RM103 juta - Norza
Pembinaan bangunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang baharu di Bukit Jalil dijangka melibatkan kos berjumlah RM103 juta.
Lelaki Jepun dikehendaki ditahan kumpulan bersenjata di Myanmar
Sebuah kumpulan bersenjata etnik minoriti yang menguasai kawasan timur Myanmar mengakui bertanggungjawab menahan seorang lelaki Jepun berusia 36 tahun berhampiran sempadan Thailand.
MCA dakwa ada parti dalam PH cuba beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa wujudnya cubaan beberapa parti dalam Pakatan Harapan yang menggunakan media untuk memberi tekanan kepada MCA supaya keluar dari BN, sekali gus menlenyapkan parti itu dari Gabungan Perpaduan.

PRK Ayer Kuning: Enam calon disenarai untuk pertimbangan - Saarani
Enam calon daripada peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah telah disenaraikan untuk dipertimbangkan Majlis Tertinggi UMNO bagi PRK Ayer Kuning.
Orang ramai serbu jualan rahmah
Orang ramai di Pulau Pinang tidak melepaskan peluang menyerbu Karnival Jualan Rahmah bergerak di Bertam Square, Kepala Batas.
Ayam, santan barangan laris keras di Kota Bharu
Para peniaga memaklumkan kedua-dua bahan itu mendapat permintaan tinggi ketika umat Islam membuat persiapan menyambut Ramadan bermula Ahad.

Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.

Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".

1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.

Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.

BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.

Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.

RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju

OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.

OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.