Kemalangan yang menyebabkan dua beranak terbunuh pada Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini awal Ahad berpunca daripada tiga go-kart bergesel sesama sendiri.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata pergeselan go-kart bernombor 22, 27 dan 33 itu telah menyebabkan kenderaan bernombor 27 terbabas lalu merempuh penonton berkenaan.
"Siasatan mendapati program merupakan anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dan mempunyai permit yang sah.
"Terdapat 38 kenderaan go-kart dalam perlumbaan di dalam litar semasa kejadian.
"Penganjur turut meletakkan penghadang dan tali amaran di sepanjang sebelah kanan jalan sebagai penghadang/pemisah antara penonton dan litar lumba," katanya kepada pemberita di sini, malam semalam.
Mohd Noor berkata kemalangan pada pukul 11.30 pagi itu menyebabkan penyelia kilang di Gebeng Izwan Isa, 38, dan anaknya Nur Zulaikha, lima tahun, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Dalam kejadian itu, anak sulung Izwan, Muhammad Iz Danial, 7, cedera parah dan dirawat di hospital sama, manakala isterinya Siti Suhaiza Seman, 38, seorang guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Indera Mahkota, cedera ringan.
BACA: Rempuhan go-kart ragut nyawa bapa, anak
Mereka berasal dari Kota Bharu Kelantan.
Mohd Noor menambah ketiga-tiga pemandu go-kart itu, Azril Ba'ith Razak, 25, pelajar Universiti Multimedia Melaka (MMU); Ahmad Saifuddin Mahamud, 23, dari Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu; dan Mohd Rashid Safuan Mohd Sopie, 19, pelajar di Muadzam Shah tidak cedera.
"Contoh darah dan air kencing ketiga-tiga pemandu go-kart diambil untuk ujian toksikologi Jabatan Kimia," katanya.
Beliau menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melahirkan rasa sedih berhubung tragedi rempuhan go-kart yang meragut nyawa dua beranak itu.
Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Wahid Omar dalam satu kenyataan di Johor Bahru, berkata selaku penganjur, mereka mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan menyerahkan siasatan kepada polis.
Katanya, sejak awal pertandingan, segala aspek teknikal, keselamatan, pemilihan gelanggang dan usaha mendapatkan kelulusan dari Motorsports Association of Malaysia (MAM) - badan yang menguruskan sukan permotoran di Malaysia, dikendalikan UTM.
Malah, menurut beliau, mereka juga telah mengambil langkah keselamatan perlu termasuk meletakkan penghadang air (water barrier), pita keselamatan dan anggota keselamatan di litar perlumbaan bagi mengelakkan kemalangan melibatkan penonton.
"Ini selaras dengan saranan MAM dan perlumbaan di litar terbuka di Indera Mahkota (Pahang) itu telah diperakukan selamat untuk perlumbaan disertai 51 buah pasukan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta," kata beliau.
Ekoran kemalangan itu, kesemua acara perlumbaan termasuk penyampaian hadiah dan upacara perasmian penutup oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dijadualkan pukul 3 petang tadi, telah dibatalkan. -- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2016

Pergeselan go-kart bernombor 22, 27 dan 33 itu telah menyebabkan kenderaan bernombor 27 terbabas lalu merempuh penonton berkenaan.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Bas hilang kawalan bergesel lori tangki
Bas henti-henti dari arah Port Dickson dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar besi penghadang jalan di kanan bahu jalan.

"Pemandu Myvi tak mabuk pun" - Polis
Hasil siasatan awal, kereta terbabit sedang bergerak terus ke lorong paling kanan bergesel dengan penunggang motosikal yang bergerak di laluan yang sama.

Tiga maut motosikal bergesel di LPT
Mereka yang maut ialah Azlee Mat Daud, 40, Muhammad Amirul Faris Abdullah, 25, dan Syamil Nazir@Nasir, 32, yang mana semuanya berasal dari daerah Maran, dekat sini.

Tiga go-kart bergesel punca kemalangan ragut nyawa dua beranak
Kemalangan yang menyebabkan dua beranak terbunuh di EIMARace 2016 awal Ahad berpunca daripada tiga go-kart bergesel sesama sendiri.