Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraikan 49 organisasi kongsi gelap di seluruh negara yang diisytiharkan haram yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.
Senarai itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu sidang media pada Khamis.
Daripada jumlah itu katanya, 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 menganggotai kongsi gelap Cina dan seribu 923 kongsi gelap Melayu.
Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.
Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.
Pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.
Katanya kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.
Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.
"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," kata beliau.
Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.
Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.
Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.
Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335.
Astro Awani
Thu Aug 29 2013
UltraSel harap dapat mengadap RMS
UltraSel berharap agar dapat mengadap Pengerusi Selangor FC yang juga Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk berbincang mengenai masalah kelab itu.
Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.
AWANI Ringkas: Cadangan SPM diadakan di luar musim tengkujuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: Ujian lisan Bahasa Melayu di seluruh negara berjalan lancar, baik - Fadhlina
Perjalanan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang menduduki ujian lisan Bahasa Melayu pada hari ini di seluruh negara berjalan dengan lancar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
PLKN perlu berlandaskan lima prinsip Rukun Negara - YB Hulu Langat
YB Hulu Langat minta agar modul berkaitan PLKN harus berlandaskan lima prinsip Rukun Negara.
"... terutamanya rukun kelima kesopanan dan kesusilaan. Ini yang dah hilang dalam diri teman-teman dan sahabat-sahabat Perikatan Nasional..." katanya
#SisiTVParlimen #DewanRakyat
"... terutamanya rukun kelima kesopanan dan kesusilaan. Ini yang dah hilang dalam diri teman-teman dan sahabat-sahabat Perikatan Nasional..." katanya
#SisiTVParlimen #DewanRakyat
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Pelaksanaan SSPA: PM Anwar gesa penjawat awam tingkatkan prestasi
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, prestasi cemerlang diperlukan memandangkan rakyat mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik daripada sektor awam.
Banjir: Tiada calon SPM bawah KPM terkandas - Ketua Pengarah Pendidikan
Tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) terkandas untuk menduduki ujian lisan bahasa Melayu yang bermula hari ini akibat banjir.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata pihaknya akan menyiasat laporan yang mendakwa terdapat calon SPM 2024 yang masih tidak dapat keluar dari kawasan banjir.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata pihaknya akan menyiasat laporan yang mendakwa terdapat calon SPM 2024 yang masih tidak dapat keluar dari kawasan banjir.
Isu buli: Syed Saddiq cabar kerajaan buat rombakan dari atas ke bawah
Mengenai isu buli, Ahli Parlimen Muar cabar kerajaan lakukan rombakan dari atas ke bawah. Syed Saddiq turut minta ibu bapa terkesan jangan hanya buat laporan polis tetapi turut kemuka saman sivil.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.
KDN teliti skim perkhidmatan baharu AKPS - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti skim perkhidmatan baharu bagi petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum dimuktamadkan dan diluluskan agensi pusat.
KDN akan ambil tindakan pihak berlebihan main isu konon Anwar iktiraf Israel
KDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai berlebihan memainkan isu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengiktiraf Israel.
Malaysia, Singapura meterai MoU kerjasama cegah, tangani jenayah rentas sempadan
Ia bagi memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah siber.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Depot Tahanan Imigresen Jawi beroperasi sepenuhnya Disember ini
Depot Tahanan Imigresen di Jawi yang baharu siap akan menempatkan pendatang tanpa izin bermula 26 Nov ini dan beroperasi sepenuhnya pada 1 Dis bagi menggantikan Depot Tahanan Juru.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
KDN pertahan guna SOSMA dalam siasatan kes GISB
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan penggunaan SOSMA, dalam siasatan melibatkan GISB.