Kemalangan membabitkan sebuah treler, empat kereta dan dua motosikal yang dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Terowong Menora.
Maklumat awal dari komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.13 malam.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.
Operasi menyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan II Abdul Jalil Am.

Trafik dilaporkan sesak sepanjang 11 kilometer.
PLUS Trafik melalui akaun Twitter melaporkan, lorong kiri dan kanan terhalang dan semua kenderaan dilencongkan ke tol Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, menurut Bernama yang memetik jurucakap JBPM Perak, setakat tengah malam tadi, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
Operasi menyelamat giat dijalankan di lokasi kejadian termasuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.