Tiga termasuk dua adik-beradik perempuan berusia lapan bulan dan tiga tahun maut dalam kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Wira dan Perodua Axia pagi tadi.
Kemalangan berlaku di kilometer 304, Lebuhraya Pantai Timur (LPT2), berhampiran susur keluar Plaza Tol Kijal, di sini kira kira jam 11.15 pagi.
Mangsa, Weaam Lukman dan kakaknya Wedad Abdullah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah selepas tercampak keluar dari kenderaan.
Manakala penumpang belakang kenderaan Perodua Axia , Haznah Ali, 59 tahun pula maut akibat cedera parah.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta di pandu warga Thailand, Lukman Waen, 31 tahun bersama isterinya Hnan iImail , 23 tahun dan dua anak mereka yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dikatakan berhenti di lorong kecemasan.
Sebuah kenderaan jenis Perodua Axia dinaiki empat sekeluarga yang dipercayai hilang kawalan kemudian melanggar bahagian belakang Proton Wira terbabit.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitenden Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Kes disiasat disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Kesemua mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat .
Manakala mangsa yang cedera dirawat di Unit Kecemasan hospital sama .