Tiga pelajar lelaki Sekolah Menengah Putatan ditemukan meninggal dunia akibat lemas semasa menjalani perkhemahan kem kepimpinan di sebuah resort di Membakut, Beaufort di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Beaufort, Runzee Syamree Ab Thani dalam satu kenyataan akhbar berkata mangsa yang meninggal dunia ialah Hafiz Hamizan Abdul Rahman,16, Danial Norman Norisham,16, dan Quzaimi Jakaria, 17.
Kejadian dikatakan berlaku apabila pelajar melakukan aktiviti melalui trek berair pada paras peha, malangnya tiga daripada 120 pelajar terlibat tersasar ke laluan yang dalam lalu lemas.
Mangsa ditemukan guru pengiring dalam keadaan tidak sedarkan diri di satu laluan ''jungle trekking'' yang telah digenangi air di resort berkenaan kira-kira 9.30 pagi.
Perkhemahan tersebut melibatkan 30 orang guru namun JBPM tidak menerima sebarang makluman mengenai aktiviti tersebut dari pihak sekolah.
Runzee berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.41 pagi.
"Ketiga-tiga mangsa dibawa ke hospital berhampiran sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian dan ketiga-tiga pelajar disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan," kata kenyataan itu.
Pasukan bomba seterusnya membuat pemantauan di lokasi kejadian untuk memastikan tiada mangsa lain yang terlibat, katanya lagi.
Ridzal Abdullah
Sat Apr 29 2017

Kejadian dikatakan berlaku apabila pelajar melakukan aktiviti melalui trek berair pada paras peha, malangnya tiga daripada 120 pelajar terlibat tersasar ke laluan yang dalam lalu lemas. - Foto JBPM Sabah

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta
Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi.

Banjir di Sabah pulih sepenuhnya
Bencana banjir yang berlaku di daerah Beaufort sejak Jumaat lepas pulih sepenuhnya, dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah itu telah ditutup pada tengah hari tadi.

Banjir: 299 orang masih berlindung di empat PPS di tiga negeri
Tiga negeri yang terjejas setakat 9 pagi ini ialah Perak, Sabah dan Sarawak.

Banjir Sabah: 102 mangsa di Beaufort dipindahkan ke PPS Dewan Selagon
PPS itu menempatkan seramai 15 lelaki dan 32 wanita, manakala selebihnya 35 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan.

Lebih 1,800 penerima STR, SARA disantuni dalam program penyerahan bantuan di Beaufort
Kalangan penerima menzahirkan rasa syukur di atas sumbangan itu yang sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan sara hidup mereka seharian.
![[RASMI] PRU15: Calon BN, Siti Aminah menang di Beaufort [RASMI] PRU15: Calon BN, Siti Aminah menang di Beaufort](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668867265_SitiAminahAching.jpg)
[RASMI] PRU15: Calon BN, Siti Aminah menang di Beaufort
Calon Barisan Nasional (BN), Siti Aminah Aching memang di kerusi Parlimen Beaufort dengan majoriti 2,518 undi.

Mangsa banjir di Sabah tinggal 63 orang
Hanya satu PPS masih beroperasi iaitu Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di Beaufort.

Operasi cari Jude Angel belum temui sebarang tanda
Pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui sebarang tanda berkenaan kehilangan kanak-kanak terbabit.

Kanak-kanak 18 bulan dikhuatiri hilang di hutan atau jatuh sungai di Beaufort
Seorang kanak-kanak perempuan 18 bulan dikhuatiri jatuh sungai atau hilang di hutan selepas keluar dari rumah dalam kejadian di Kampung Batu 66, Beaufort pada Sabtu.

Banjir Sabah: 1,826 mangsa ditempatkan di 16 PPS
Seramai 1,826 mangsa daripada 698 keluarga dipindahkan ke 16 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir di Sabah.