Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pemain bola sepak Malaysia Indian Football Association (MIFA) kerana disyaki telah mengambil wang rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana.
Kesemua suspek ditahan di pejabat SPRM ketika hadir untuk memberi keterangan sekitar 6 petang sehingga 7.30 malam semalam.
Daripada siasatan awal yang diperolehi, suspek telah menerima wang rasuah antara RM10,000 hingga RM30,000 daripada bookie untuk menentukan keputusan perlawanan.
Salah seorang pemain yang ditahan adalah pemain luar negara berusia 29 tahun yang diimport oleh MIFA.
Manakala dua lagi pemain tempatan yang ditahan berusia 26 and 27 tahun.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek-suspek telah terlibat dalam kegiatan tersebut sejak beberapa tahun yang lalu.
Suspek-suspek ini juga telah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil daripada wang rasuah diterima itu.
Tambahnya, kemungkinan lebih ramai lagi yang akan ditangkap berhubung siasatan kes tersebut pada masa terdekat.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata SPRM tidak bertolak ansur dengan perbuatan sedemikian yang boleh menjatuhkan reputasi sukan negara.
"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, SPRM akan terus memantau dan menyiasat pemain-pemain bola sepak serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perlu," tegas beliau.
Kesemua mereka direman hari ini.
Hakim Rahman
Thu Apr 06 2017
Tiga pemain itu disyaki mengambil wang rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana.- Foto Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
MIFA kejutkan juara bertahan JDT
Bae Beom-guen menghadiahkan gol kemenangan untuk pasukan Liga Premier itu apabila sepakan melencong tepat ke penjuru kanan gol melakarkan kejutan ke atas JDT.
Tindakan telus MISC-MIFA lapor siasatan rasuah patut dicontohi - Dr Subramaniam
Tindakan drastik yang diambil oleh jawatankuasa integriti bebas persatuan itu patut dijadikan ikutan semua pasukan bola sepak di negara ini.
Atur perlawanan: 'Ah Chong' serah diri kepada SPRM
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Anuar Baharum, hari ini menyerah diri di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Nasib tiga pemain ditentukan selepas SPRM selesai siasatan - Presiden MISC-MIFA
Nasib tiga pemain pasukan bola sepak Misc-MIFA akan ditentukan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai menjalankan siasatan terhadap mereka.
Tiga pemain bola sepak MIFA dicekup SPRM
Suspek telah menerima wang rasuah antara RM10,000 hingga RM 30,000 daripada bookie untuk menentukan keputusan perlawanan.