Tiga pemuda menggelar diri mereka 'Pemuda Cinta Kucing' (P.C.K.) mengambil inisiatif membelanjakan sebahagian wang saku untuk memberi makanan kepada kucing jalanan di sekitar Kangar, Padang Besar dan Arau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mohd Nor Zharif Idrus, 28, seorang penjawat awam berkata beliau mendapat idea itu kerana simpati melihat keadaan kucing jalanan yang kelihatan lapar dan dalam keadaan tidak bermaya.
Kucing jalanan itu sebelum ini diberi makan oleh orang ramai atau mencari makanan sendiri namun berikutan PKP, tiada lagi makanan daripada orang ramai dan tempat untuk kucing-kucing itu mendapatkan makanan.
"Melihat kucing itu dalam keadaan lemah, saya segera membeli makanan kucing di sebuah pasar raya berdekatan, paling menyedihkan ialah kucing itu tidak mampu bergerak dan saya terpaksa mendukungnya untuk memberi makan dan minum," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Mohd Nor Zharif berkata beliau kemudiannya mengajak dua orang rakannya iaitu Muhamad Ekmal Hakim Abdullah, 27, dan Ahmad Muliady Ab. Majid, 43, yang juga penjawat awam untuk turut sama membantu kucing jalanan.
Berkongsi pengalaman, Muhamad Ekmal Hakim berkata mereka bertiga mula sepakat memberi makan kucing jalanan di sekitar pekan Padang Besar pada Ahad lepas dan akan diteruskan sepanjang tempoh PKP yang akan berakhir pada 14 April nanti.
"Saya menyeru kepada orang ramai jangan segan silu untuk beri makanan kepada kucing. Walaupun sedikit. Kita ambil pendekatan rezeki kita itu ada untuk orang lain.
"Makanan kucing tidaklah mahal. Ada duit lebih, terus beli. Sebab sayang kucing. Kucing ini haiwan yang manja," katanya.
Sementara itu, Ahmad Muliady berkata beliau yang tersentuh melihat keadaan kucing jalanan yang uzur, berpenyakit serta dalam keadaan kelaparan, turut menyertai usaha dua rakannya itu.
"Saya ada membela seekor kucing di rumah, apabila melihat keadaan daif kucing jalanan, hati saya tersentuh kerana kebanyakannya bukan hanya berpenyakit tapi dalam keadaan lapar malah ada antaranya takut apabila melihat kelibat manusia, mungkin pernah dipikul... kami terpaksa pujuk dan belai kucing yang dalam ketakutan sebelum memberi makanan.
"Diharapkan ada pihak yang sedia membantu kucing jalanan, kucing tidak mampu meminta, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia untuk membantu," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 01 2020

Banyak kucing jalanan kelaparan kerana tidak diberi makanan oleh orang ramai selain sukar mencari makanan sendiri disebabkan PKP. Gambar hiasan/ Asiawire.

Tiada 'double standard' siasat kes 3R - Saifuddin
Polis tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan siasatan terhadap kes melibatkan isu agama, raja dan kaum (3R).

Treler alami masalah brek, dua pemandu berdepan detik cemas
Ketika kejadian, treler terbabit membawa muatan simen dari Batu Gajah ke Genting Highlands.

Ribut musim sejuk di AS ragut 3 nyawa, gangguan bekalan elektrik, puting beliung
Ribut musim sejuk yang kuat melanda Amerika Syarikat (AS) telah mengakibatkan kematian tiga orang di negeri selatan Mississippi dan menyebabkan puluhan ribu orang terputus bekalan elektrik.

Pindaan Akta 711 beri lebih perlindungan kepada pelapor salah laku – KRPPM
Pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) bakal memperkasa pemberi maklumat untuk melaporkan salah laku kepada agensi penguatkuasaan.
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 6 Mac 2025
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO)

Saifuddin belum putuskan bertanding pemilihan PKR
Pemilihan jawatan MPP, MPWP, dan MPAMKP PKR akan dilaksanakan pada 24 Mei, manakala pemilihan di peringkat Cabang, Wanita Cabang, dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pada 11 hingga 20 April.

JSJK guna AI bagi penguatkuasaan, siasatan jenayah komersial
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melancarkan proses penguatkuasaan atau siasatan jenayah komersial.
146.48 juta warga Indonesia dijangka lakukan perjalanan
Seramai 146.48 juta mewakili 52 peratus penduduk Indonesia dijangka akan melakukan perjalanan semasa cuti perayaan sambutan Aidilfitri 2025.

Gabungan NGO anjur Himpunan Hari Al-Quds, serah nota bantahan ke Kedutaan AS
Perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Perdagangan: Vietnam catat defisit luar biasa pada Februari
Sebagai hab pembuatan serantau, Vietnam sangat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi yang dipacu eksport dan menghadapi risiko daripada pertikaian perdagangan global, termasuk kemungkinan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat.

Tiga pemuda ambil inisiatif beri kucing jalanan makan sepanjang tempoh PKP
Tiga pemuda dari Kangar yang menggelar diri mereka 'Pemuda Cinta Kucing' (P.C.K.) mengambil inisiatif membelanjakan sebahagian daripada wang saku untuk memberi makanan kepada kucing jalanan.