Pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap tiket penerbangan melibatkan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) akan menjadikan lebih banyak orang dari kawasan tanah tinggi dan pedalaman Sarawak mampu membuat perjalanan melalui udara.
Menteri Muda Komunikasi Sarawak, Datuk Lee Kim Shin berkata langkah mengecualikan GST itu akan menjadikan harga tiket jauh lebih murah berbanding sebelum ini dan akan memberi kesan positif terhadap bidang sosial dan ekonomi.
"Harga tiket penerbangan lebih murah sudah tentu bermakna beban kewangan juga akan berkurangan bagi mereka yang sering menggunakan RAS," katanya kepada Bernama apabila dihubungi pada Jumaat.
Lee mencadangkan agar jika boleh, pengecualian GST itu turut diberi kepada tiket penerbangan bagi seluruh Sarawak, bukan untuk SAR sahaja.
"Tambang penerbangan untuk perjalanan di Sarawak mahal dan dengan keadaan jalan kurang baik, yang memerlukan masa pemanduan selama 14 jam dari Miri ke Kuching, maka mungkin kerajaan persekutuan boleh menimbang untuk mengecualikan juga GST," katanya.
Lee juga berharap kerajaan persekutuan akan mengadakan peruntukan bagi menyenggara dan menambah baik landasan kapal terbang bagi RAS untuk menjadikannya lebih selamat digunakan pesawat ketika melakukan pendaratan dalam keadaan cuaca buruk.
Presiden Persatuan Lun Bawang Sarawak, Ipoi Datan pula mencadangkan agar selain memberi pengecualian GST, kekerapan penerbangan bagi RAS juga dapat ditingkatkan.
"Kawasan luar bandar memiliki banyak potensi dari segi pelancongan, terutama destinasi ekopelancongan dan dengan menjadikan tiket lebih murah, lebih banyak pelancong tempatan dan asing akan memilih untuk melawat kawasan luar bandar di Sarawak," katanya.
Presiden Persatuan Bisaya Sarawak, Antonio Kahti Galis pula berkata pengecualian itu memberi kelegaan besar memandangkan SAR masih merupakan kaedah pengangkutan penting di utara Sarawak.
"Kami menyambut baik pengecualian ini serta pengumuman lain yang berkaitan dengan luar bandar seperti subsidi untuk rumah panjang di Sarawak dan kami menyokongnya," kata beliau.
Sementara itu, di KUCHING, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata beberapa faktor boleh melewatkan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo, yang dijadualkan siap pada 2021, termasuk kekurangan batu kuari, pracampur, jentera, tenaga kerja dan bahan lain.
Menurut Manyin, pada perjumpaan dengan persatuan pemilik kuari semalam, beliau memberitahu mereka bahawa projek Lebuh Raya Pan Borneo memerlukan 30 juta tan batu kuari, lima juta tan pracampur dan dua juta meter padu pracampur siap.
"Semua ini akan menghadapi keadaan tidak menentu kerana terdapat kemungkinan akan berlaku peningkatan permintaan secara mengejut bagi batu kuari," katanya.
Pembinaan Lebuh Raya Pan-Borneo Sarawak sepanjang 1,090km dijangka siap pada in 2021 dengan anggaran kos RM16.1 bilion.
Manyin bagaimanapun berkata, beliau agak terkejut kerana tiada peruntukan khusus disediakan untuk pembinaan jalan raya di Sarawak, selain peruntukan RM1 bilion untuk jalan luar bandar yang disebut dalam Bajet 2016.
Katanya, jalan raya sepanjang 5,000km lagi perlu dibina di kawasan luar bandar Sarawak, yang melibatkan kos kira-kira RM18 bilion.
Sementara itu, presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Senator Datuk Dr Sim Kui Hian berkata beliau gembira melihat pelaksanaan GST terus diperhalusi, termasuk pelaksanaan lebih banyak GST sifar bagi ubat-ubatan dan barang makanan, di samping pelbagai penambahbaikan dilakukan terhadap gaji dan pencen penjawat awam, khususnya bagi menangani kenaikan kos sara hidup.
Sambil menyifatkan Bajet 2016 sebagai 'Bajet Mencabar' dalam konteks kejatuhan teruk harga minyak antarabangsa, beliau berkata Sarawak mendapat banyak kebaikan daripada bajet itu seperti pinjaman tanpa faedah bagi pembinaan rumah panjang, komitmen tiada bayaran tol untuk Lebuh Raya Pan Borneo dan program 1Harga 1Sarawak dan 1Harga 1Sabah.
Bagaimanapun, menurut beliau, Sarawak amat memerlukan lebih banyak infrastruktur untuk menikmati kemajuan yang setara dengan negeri lain.
"Kami perlu meneliti butirannya dan berjuang untuk mendapatkan lebih banyak infrastruktur serta keperluan lain seperti sekolah rendah dan menengah, rumah mampu milik, hospital dan klinik," katanya.
Sambil menyambut baik langkah mengecualikan GST untuk tiket penerbangan melibatkan RAS, Dr Sim berkata rakyat Sarawak sudah lama menantikan perkara itu.
Bernama
Sat Oct 24 2015
Kawasan luar bandar di Sarawak memiliki banyak potensi pelancongan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
'Langkah proaktif selamat negara dari krisis ekonomi dunia' - Najib
Langkah proaktif Kerajaan dalam menangani krisis ekonomi dunia memberi kesan positif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
607,842 peminjam tidak pernah bayar PTPTN
Sejumlah 607,842 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didapati gagal membuat sebarang bayaran balik pinjaman tersebut.
Moody's: Malaysia kekalkan pengukuhan fiskal dalam Bajet 2016
Bajet 2016 yang dibentangkan Malaysia mengekalkan aliran pengukuhan fiskal kredit positif, menurut Moody's Investors Service.
Bajet 2016 tidak mampu pulihkan nilai ringgit - DAP
Lim Guan Eng berkata Bajet 2016 tidak menyenaraikan langkah-langkah terbaik untuk memulihkan kembali ringgit.
Bajet dikurangkan bukan halangan jadi kreatif
Naib Canselor UUM berkata bagi menambahkan pendapatan, pihaknya akan beri tumpuan kepada usaha mengkomersialkan produk teknologi dan inovasi
Tiada dalam Bajet 2016 tidak bermakna projek batal - Mukhriz
Datuk Seri Mukhriz berkata segala proses berkaitan KXP telah dibincangkan di peringkat EPU untuk langkah seterusnya.
IPTA Awam digesa cari dana sendiri - Idris Jusoh
Datuk Seri Idris Jusoh berkata IPTA Malaysia terlalu bergantung kepada sumber dana kerajaan berbanding pusat pengajian di luar negara.
'Peruntukan kepada Sarawak perlu diurus tanpa halangan birokrasi kurang cekap'
Peruntukan sebanyak RM29.2 bilion kepada Sarawak dan Sabah dalam Bajet 2016 perlu diurus dengan bijak dan efektif tanpa halangan birokrasi yang kurang cekap,kata Pengerusi Kelab Penyokong BN Sarawak.
Kerajaan terus prihatin keperluan masyarakat India - Ahmad Zahid
Kerajaan akan terus prihatin terhadap keperluan masyarakat India khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Fokus Bajet 2016 untungkan rakyat Sabah dan Sarawak - Adenan Satem
Peruntukan besar dalam Bajet 2016 untuk Sarawak dan Sabah dilihat memberi keuntungan kepada rakyat dan negeri berkenaan, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.