Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang menghina dan tidak menghormati Jata Negara.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, pihak berkuasa tidak boleh berkompromi dengan tindakan yang disifatkan sebagai biadap itu.
“Dalam simbol kebesaran negara, kita harus menghormati dan menggunakannya dengan tertib. Misalnya apabila Jata Negara digunakan penuh dan apabila dipamerkan mesti di atas sekali tidak boleh benda lain di atasnya, apa lagi nak letak wajah siapa.
“Ini perbuatan biadap dan tidak boleh berkompromi, saya yakin PDRM akan siasat dengan rapi dan saya harap siapa sahaja bersalah harus diberi hukuman berat,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di Chini pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu penghinaan logo jata negara yang tercetus baru baru ini.
Penerbit buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia yang menggunakan visual mirip Jata Negara mendapat perhatian kerana menggunakan gambar yang dikatakan menghina simbol kedaulatan negara itu.
Berdasarkan gambar yang tular di media sosial itu, lukisan mirip Jata Negara itu memaparkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.
Saifuddin turut menegaskan, Jata Negara sepatutnya dipandang tinggi dan dihormati, bukan dipersendakan seperti mana yang berlaku.
“Jata Negara seperti bendera, ini kalau zaman dahulu dalam peperangan bendera ini dipegang.
“Apa pun terjadi, bendera ini tidak boleh jatuh, orang zaman dahulu bila berperang habis habisan. Hari ini, ada pula yang biadap buat benda tidak senonoh itu,” tegas beliau lagi.
Fareez Azman
Tue Jun 30 2020

Menurut Saifuddin, pihak berkuasa tidak boleh berkompromi dengan tindakan yang disifatkan sebagai biadap itu. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tindakan tegas ke atas penghina Jata Negara - Saifuddin Abdullah
Pihak berkuasa tidak boleh berkompromi dengan tindakan yang disifatkan sebagai biadap itu.