Minat Mohamad Hafidz Arifin, 32, dalam bidang pertanian yang tercetus setelah dia merasai sendiri keenakan buah tin secara segar semasa bertugas di sebuah syarikat minyak dan gas di Iraq empat tahun lalu, membuatkan beliau sanggup meninggalkan jawatan yang stabil dengan gaji yang tetap semata-mata untuk mengusahakan tanaman itu.
Biarpun ketika itu pendapatan sudah lebih RM15,000 sebulan, namun ia tidak menghalang beliau untuk meletakkan jawatan sebaik sahaja pulang ke tanah air pada awal tahun lalu, dan mula menanam tanaman buah itu di kampung halamannya di Janda Baik kerana menyedari potensi pasarannya.
"Buah tin atau nama saintifiknya Ficus Carica ini biasanya ditanam di Asia Barat dan tidak ramai yang berani mencuba untuk menanamnya dalam negara sedangkan ia mempunyai permintaan yang sangat tinggi, sama ada untuk dipasarkan secara segar di hotel-hotel mahupun dijadikan sebagai antara bahan di dalam jus kesihatan.
"Lantaran itulah saya memberanikan diri meletakkan jawatan untuk menceburi bidang ini, walaupun ketika itu gaji sudah cukup lumayan," katanya yang mempunyai kelulusan dalam bidang pengurusan sumber manusia dari Universiti Putra Malaysia.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis selepas Majlis Pelancaran Musim Menuai Buah Tin di Benefigs, Janda Baik di sini hari ini yang disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Ketari Young Syefura Othman.
Menurutnya berbekalkan modal RM200,000, latihan serta ilmu yang dipelajari daripada kenalannya dan sedikit ilmu yang diperoleh daripada internet, beliau membina rumah hijau untuk menanam buah tin.
Sebagai permulaan katanya, 400 pokok buah tin ditanam di kawasan seluas 929 meter persegi (10,000 kaki persegi) dan usahanya itu tidak sia-sia kerana ia kini sudah mula membuahkan hasil.
"Untuk harga ladang, buah ini mampu dipasarkan dengan harga RM60 sekilogram, namun untuk pasaran runcit harganya mencecah sehingga RM80 sekilogram. Menariknya pokok ini tidak memerlukan kawasan yang luas dan masa yang lama untuk memperoleh hasil yang lumayan kerana ia sudah mula membuahkan hasil pada bulan keempat hingga keenam penanamannya.
"Untuk setiap pokok dijangkakan mampu mengeluarkan sehingga 40 kilogram hasil setiap kali tuaian dan dalam masa setahun ia mampu berbuah dua kali," tambahnya.
Mengulas mengenai pasarannya, Mohamad Hafidz berkata setakat ini beliau memang tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan baik daripada pengusaha hotel mahupun pengusaha produk jus kesihatan.
Rasanya yang lemak manis, dan berair menyebabkan, buah ini amat diminati selain disebabkan khasiatnya yang mengandungi zat anti oksidan, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium dan klorin serta fiber serta boleh membantu mengatasi masalah usus dan kolestrol.
"Bukan sahaja buahnya mempunyai nilai komersil, malah daun pokok tin ini juga boleh digunakan untuk membuat teh yang dipercayai dapat kawal kandungan gula sakit kencing manis, manakala batang pokoknya boleh dijual sebagai benih dengan harga RM5 sejengkal, sementara anak pokok sahaja dijual dengan RM45.
Beliau menjangka mampu memperoleh pulangan modal dalam tempoh tidak sampai dua tahun dan merancang untuk memperluaskan lagi tanaman ini dengan kerjasama individu-individu yang berminat untuk memenuhi pasaran terhadap buah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 16 2018
ADUN Ketari Young Syefura Othman (duduk, kiri) bersama Pengarah Pelancongan Pahang Datuk Idros Yahya (duduk, kanan) melihat buah Tin pada Pelancaran Musim Menuai Buah Tin Benefigs, di Kampung Janda Baik hari ini. - Bernama
Bursa Malaysia ditutup tinggi menjelang keputusan menyuarat MPC
Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini.
Tiada harapan besar untuk presiden baharu - Penduduk Gaza
Bagaimanapun, Nadia berharap usaha dapat digerakkan AS untuk sekurang-kurangnya mencapai gencatan senjata.
Pengundi Islam mahu Asia Barat jadi prioriti presiden baharu
Tumpuan dunia termasuk di Malaysia, kini terarah kepada perebutan jawatan presiden antara Naib Presiden Kamala Harris dan bekas presiden Donald Trump.
Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan
Polis menyerbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Kepong dan Puchong serta menahan 48 individu termasuk warga asing dalam Op Noda baru-baru ini.
Kumpul data sensitif pengguna, Meta disaman AS$15 juta
Korea Selatan pada Selasa mengambil keputusan untuk menyaman Meta Platforms sebanyak 15.67 juta dolar (RM68.26 juta) selepas didapati mengumpul data sensitif pengguna dan menyalurkannya kepada pengiklan tanpa persetujuan pengguna. Meta diarah untuk membayar saman berkenaan selepas syarikat pengendali media sosial Facebook dan Instagram itu melakukan tindakan itu tanpa asas undang-undang.
Agenda AWANI: WUF 12: Segalanya bermula di rumah
Perkongsian mengenai praktis terbaik negara, bertukar fikiran serta mencari solusi kepada cabaran persekitaran bandar yang lestari, berdaya huni serta selamat menjadi misi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di World Urban Forum #WUF12 yang berlangsung di Kaherah, Mesir. Diskusi AgendaAWANI jam 830 mlm ini.
WUF12: Mencari penyelesaian terbaik isu perumahan
Bagaimana kerajaan mampu mencari penyelesaian terbaik dalam isu perumahan melalui penyertaan di World Urban Forum? Dzulfitri Yusof ada perinciannya.
Rangkuman hari kedua lawatan kerja PM ke China
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Li Qiang sempena lawatan kerja ke China.
Dasar peralihan tenaga buka peluang pemain OGSE kembang, teroka pasaran baharu
Sektor OGSE perlu melihat dasar peralihan tenaga kerajaan yang kukuh sebagai peluang untuk berkembang dan meneroka pasaran baharu serta kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
Tiga lelaki ditahan kes pukul pekerja kedai serbaneka
Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki terbabit dalam kes pukul seorang pekerja kedai serbaneka sehingga cedera di kepala.
Polis kenal pasti identiti sebenar mangsa maut kemalangan bas
Polis mengesahkan terdapat ralat berkaitan identiti seorang mangsa yang meninggal dunia akibat kemalangan membabitkan sebuah bas terbabas di Kilometer 51.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.
Pelaburan tak wujud: 15 lelaki didenda RM10,000
Majistret turut memerintahkan kesemua tertuduh berumur 17 hingga 31 tahun itu dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
RMK12 : PDRM mohon peruntukan RM5.1 bilion
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dalam rancangan boleh pinda keempat Rancangan Malaysia Ke-12.
Pahang catat hasil negeri RM911 juta setakat Sept - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang berjaya mencatat kutipan hasil negeri RM911 juta setakat September tahun ini.
Tanah mendap di KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak, laluan ditutup sementara
Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak arah timur dan barat ditutup sementara susulan kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 lebuh raya tersebut.
Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar
Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi.
Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang warga emas berusia 64 tahun yang ditemui mati di sebuah flat.
Pelajar pondok dikhuatiri lemas di Air Terjun Chamang
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas didakwa dihanyutkan arus deras semasa mandi di Air Terjun Chamang, Bentong hari ini.
Lelaki maut jatuh gaung di Genting Highlands
Seorang lelaki maut dipercayai akibat tergelincir sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter di KM 1 jalan naik ke Genting Highlands, Bentong hari ini.