Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan jemaah haji Malaysia sentiasa menjaga disiplin ketika menunaikan ibadah haji di Makkah.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk itu turut mengingatkan kesemua jemaah yang menunaikan rukun kelima Islam itu untuk mengetepikan sebarang perbezaan ideologi dan menumpukan kepada ibadah mereka di Tanah Suci itu.
Katanya, para jemaah haji Malaysia sewajarnya menggunakan peluang tersebut untuk menunaikan haji dengan sepenuhnya dan melupakan perbezaan fahaman politik mereka.
"Kalau kita ada perbezaan politik, ideologi kita jangan bawa ke sana (Makkah) kita tinggalkan di belakang, kita tumpukan pada ibadah haji. Saya tak izinkan bergaduh sebab perkara ini di sana," katanya dalam ucapan beliau.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Meraikan Bakal-bakal Haji kawasan Parlimen Bagan Datuk Tahun 1438H/2017M bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Dato' Mohamed Jamrah,Batu 17,Sungai Sumun,Perak di sini hari ini.
Jelasnya, Malaysia dikenali dengan pengurusan jemaah haji terbaik di seluruh dunia justeru pengiktirafan itu sewajarnya dipelihara dengan baik.
Dalam majlis berkenaan, seramai 72 jemaah haji Parlimen Bagan Datuk menerima sumbangan RM570 daripada Dr Ahmad Zahidi sebagai persiapan belanja untuk menunaikan haji di Tanah Suci.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Jul 16 2017

Tumpukan soal ibadah ketika berada di Tanah Suci dan lupakan soal perbezaan fahaman politik. - Gambar fail

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Suasana sambutan, kemeriahan di perantauan
Suasana sambutan Ramadhan bersama Aisyah Azra , Rakyat Malaysia di Doha.
Yakin Medic sedia tembusi pasaran Singapura, sasar IPO suku keempat 2025
Yakin Medic Sdn Bhd, penyedia terapi sel stem terkemuka negara, merancang penyeneraian tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Singapura pada suku keempat 2025 atau awal 2026.

Kerjasama masyarakat, tentera, asas jamin keselamatan dan pertahanan negara
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman.

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.

Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.

Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.

Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.

Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.

Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.

Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.