Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan membuat pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) pada pagi Khamis.
Astro AWANI berkesempatan membuat tinjauan rambang di kalangan generasi muda tentang kadar pemahaman sebenar mereka mengenai RMK.
Pelajar institusi pengajian tinggi terpilih sebagai sampel pilihan rambang. Tinjauan mendapati rata-rata golongan mahasiswa dilihat tidak mengetahui atau kurang pemahaman mengenai RMK11 atau RMK sebelum ini.
Bagaimanapun, mereka berharap kerajaan dapat memberi tumpuan terhadap penyediaan pekerjaan yang memenuhi kehendak serta keperluan semasa.
Mahasiswa, Hidayat Wafa berkata, pemahaman mengenai RMK11 adalah tidak penting buat golongan muda lantaran kebanyakan mereka tidak berpandangan jauh.
“Orang muda lebih suka lihat apa yang mampu dicapai terlebih dahulu. Apabila selesai graduasi saya merasakan peluang pekerjaan dalam bidang IT di sektor kerajaan tersangatlah terhad kerana ia tidak berkembang,” ujar Hidayat.
Muhammad Afiq Kamal Ariffin berpendapat lebih banyak peluang pekerjaan perlu dibuka kerana jumlah graduan universiti semakin bertambah setiap tahun.
“Kalau tidak cukup peluang pekerjaan, masakan sektor kerajaan, sektor swasta pun kami tak boleh berkhidmat,” terang Muhammad Afiq.
Seorang lagi penuntut institusi pengajian tinggi, Wan Muhamad Syahmi Wan Yunus turut bersetuju peluang pekerjaan di sektor kerajaan perlu ditambah.
“Terlalu ramai sudah mengaut peluang pekerjaan jadi kerajaan perlu memainkan peranan dalam menambahbaikan peluang perkerjaan ataupun mentadbir negara,” ulas Wan Muhamad Syahmi.
Selain itu, ada juga di kalangan responden yang berharap lebih banyak pendedahan diberikan berhubung RMK11 supaya objektif dan perancangannya dapat difahami semua golongan masyarakat.
“RMK11 ini tidak meluas dan ramai golongan muda yang tidak faham RMK11 dan kurangnya pekerjaan yang ada di Malaysia ini,” kata Izyan Nabiha Ismail.
Siti Fatimah Mohd. Amin yang masih tidak bekerja turut menyuarakan perkara yang sama.
“Kami golongan muda tidak mahu mengganggur lama-lama, jadi kerajaan perlu buat pendedahan yang lebih dekat dengan golongan muda,” terangnya.
Anthea Yap
Thu May 21 2015
Astro AWANI berkesempatan membuat tinjauan rambang di kalangan generasi muda tentang kadar pemahaman sebenar mereka mengenai RMK.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Badan Peguam gagal cabar pengurangan penjara dan denda Najib
Hakim, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mendapati permohonan Badan Peguam, tidak boleh diputuskan oleh mahkamah atau melalui prinsip undang-undang.
Isu tahanan di rumah, Titah Adendum hangatkan Dewan Rakyat
Isu berkaitan akta tahanan di rumah dan Titah Adendum yang dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menghangatkan sesi Dewan Rakyat pada Rabu.
RUU tahanan rumah, KDN beri penjelasan Khamis ini
KDN akan memberi penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu hukuman tahanan di rumah pada Khamis ini di Dewan Rakyat.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak
Bekas Perdana Menteri yang diperintah bela diri dakwa, ramai yang hanya tunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga yang bermuka-muka.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.