Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran kepada syarikat perkhidmatan teksi motosikal 'Dego Ride' agar tidak mencabar undang-undang negara setelah diarahkan menghentikan perkhidmatan tersebut atas faktor keselamatan.
Beliau berkata perkhidmatan Dego Ride menyalahi Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan Seksyen 16 dan 47 Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang pengusaha syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah.
Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementeriannya sini hari ini, Liow berkata Jabatan Pengangkutan Jalan Raya dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melancarkan operasi penyamaran bagi membanteras perkhidmatan teksi motosikal itu.
"Kita akan melancarkan operasi penyamaran serta-merta bagi menangkap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan atau pembawa motosikal Dego Ride. Pegawai penguat kuasa kita sedang bersiap siaga waspada dan kita akan mengambil tindakan tegas," katanya.
Liow berkata walaupun penggunaan motosikal mampu mengelak kesesakan lalu lintas namun ia juga membawa kemudaratan kerana berdasarkan statistik penunggang motosikal menyumbang kira-kira 62 peratus kepada kemalangan maut pada tahun lepas.
"Kita membantah kaedah pengangkutan menggunakan motosikal untuk mengambil penumpang yang boleh mendatangkan risiko tinggi kepada penumpang," katanya.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj sebelum ini dilaporkan mendakwa tiada peruntukan undang-undang yang menghalang mereka menawarkan perkhidmatan tersebut.
Liow berkata Kementerian Pengangkutan mencadangkan agar teksi mini diperkenalkan sebagai 'last mile transportation' untuk perkhidmatan jarak dekat dari stesen transit aliran ringan (LRT), monorel, KTM Komuter dan transit aliran massa (MRT) ke kawasan perumahan.
Teksi mini dengan kenderaan berkuasa rendah iaitu 1,000 CC ke bawah boleh digunakan untuk menghantar pengguna pengangkutan awam ke rumah masing-masing, katanya.
"Kita juga menyeru penduduk mengadakan pengangkutan untuk membawa penumpang dari stesen keretapi. Mereka perlu mendaftar dengan SPAD. Kita menggalakkan pengangkutan sambungan untuk meningkat pengangkutan awam kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2017

Tiong Lai memberi amaran kepada syarikat perkhidmatan teksi motosikal 'Dego Ride' agar menghentikan perkhidmatan atas faktor keselamatan. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Operasi perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride dihentikan sementara
Penyedia perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride memberhentikan operasinya menghantar penumpang sejak petang tadi susulan amaran daripada Kementerian Pengangkutan.

Isu teksi motosikal: Kementerian Pengangkutan sedia berjumpa Dego Ride
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Dego Ride diberi masa seminggu untuk tampil mengadakan pertemuan bersama pihaknya di Kementerian Pengangkutan.