Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menjadi kanvas baharu yang bersifat inklusif dan sarat di dalamnya dengan aspirasi bersama rakyat Malaysia khususnya generasi belia masa kini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata mereka merupakan tonggak penting menjelang kedatangan tahun berkenaan.
Dalam kata-kata aluan pada laporan 'Kanvas Belia TN50: Aspirasi Belia Untuk Malaysia Menjelang Tahun 2050', Najib berkata melangkah ke hadapan, dunia semakin bergerak pantas serta meniti pelbagai cabaran baharu yang tidak lagi bersifat konvensional.
"Kerajaan sedar dan telah mengambil langkah pantas dengan mengagaskan TN50 sebagai satu hala tuju yang membolehkan kita melonjak ke arah mencapai matlamat 'Top 20 Nations' di dunia kelak," katanya.
Laporan itu memaparkan aspirasi belia dan idea-idea inovatif yang datang daripada suara hati akar umbi dalam merealisasikan matlamat TN50 dan masa hadapan Malaysia yang diimpikan bersama.
Hampir dua juta belia Malaysia telah didampingi sepanjang 2017 dengan 62,000 aspirasi telah dikumpulkan dalam penyediaan Kanvas Belia TN50 bagi mencerminkan sebuah rupa bentuk Malaysia yang diingini anak muda Malaysia ketika negara melangkah melepasi tahun 2020.
Kesimpulan laporan itu, antara lain, menyatakan penekanan pada 2018 akan beralih kepada usaha menterjemahkan pelbagai aspirasi rakyat Malaysia ke dalam satu pelan dasar jangka panjang negara - tugas yang akan diterajui Unit TN50 di bawah Unit Perancang Ekonomi.
Ini akan dibuat dengan kerjasama rapat kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta selain masyarakat awam.
"Kanvas Belia TN50 serta pelbagai input lain akan menjadi asas kepada pelan dasar TN50 yang bakal dilancarkan pada Hari Malaysia 2018," menurut laporan itu.
Ia menarik perhatian bahawa sebahagian daripada inisiatif TN50 telahpun diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2018, sekali gus menunjukkan keinginan kerajaan untuk melanjutkan aspirasi kepada tindakan.

Laporan itu berkata pelbagai aspirasi yang diterima sepanjang inisiatif pendampingan belia TN50 oleh Kementerian Belia dan Sukan menyerlahkan enam tema utama iaitu Global, Kesaksamaan, Mampan, Bersatu Padu, Bertanggungjawab dan Prihatin.
Di bawah tema Global, Malaysia diimpikan menjadi sebuah negara dengan rakyat global yang berinovasi dan mempunyai semangat keusahawanan.
Antara sasaran TN50 berkaitan yang dicadangkan oleh belia ialah untuk Malaysia mempunyai juara dunia dalam pelbagai industri di peringkat dunia dan diiktiraf antara 20 negara teratas dalam Indeks Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Ia juga mahu Malaysia mengambil peranan sebagai negara perantara dalam pertikaian melibatkan negara-negara Islam selain melihat rakyat Malaysia memegang peranan kepimpinan dalam organisasi dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Malaysia menjadi bumi di mana tiada sesiapa yang terpinggir menjadi harapan di bawah tema Kesaksamaan.
Bernama
Wed Feb 28 2018

Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menjadi kanvas baharu yang bersifat inklusif dan sarat di dalamnya dengan aspirasi bersama rakyat Malaysia khususnya generasi belia masa kini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. -Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

TN50 kanvas baharu muatkan aspirasi bersama rakyat
Perdana menteri berkata mereka merupakan tonggak penting menjelang kedatangan tahun berkenaan.