Kerajaan tidak dapat menghapuskan kutipan tol disebabkan masalah kewangan semasa negara, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.
Beliau berkata tidak betul sekiranya ada yang beranggapan kerajaan Pakatan Harapan yang baru boleh menghentikan kutipan tol dalam masa dua atau tiga bulan.
"Kita akan teruskan kutipan tol seperti sedia ada, sehingga kedudukan kewangan negara jadi lebih kukuh... ini bermakna kita sedang melihat kepada lain-lain alternatif," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Persidangan "Malaysia: A New Dawn 2018" di sini hari ini.
Baru berkata kos sebenar penyelenggaraan jalan raya persekutuan setiap tahun adalah kira-kira RM2 bilion, namun kementerian Kerja Raya hanya menerima antara RM600 juta dan RM800 juta sahaja dari bajet tahunan bagi tujuan itu.
"Malah kami diminta berusaha mengurangkan lagu jumlah itu, pihak kami menerima kurang 50 peratus daripada apa yang diperlukan. Selain itu kami juga ada kerja-kerja penyelenggaraan yang tertangguh sekitar 30 peratus yang perlu dilaksanakan, jika kami tidak laksanakan kerja-kerja ini, jumlah kerja yang tertangguh akan melonjak kepada 40 atau 50 peratus," katanya.
"Keselamatan pengguna jalan raya amat penting, oleh itu kami akan merayu kepada Kementerian Kewangan untuk dapatkan peruntukan sewajarnya yang kami perlukan. Jika kerja-kerja penyelenggaraan ini tidak dijalankan, lebih banyak lagi jalan raya akan berlubang, nanti timbul pula isu lain lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 09 2018
Kerajaan tidak dapat menghapuskan kutipan tol disebabkan masalah kewangan semasa negara. - Gambar fail/BERNAMA
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Laluan Buduk Nur, Ba Kelalan berbahaya, perlu dibangunkan segera - Baru Bian
ADUN Ba'Kelalan, Baru Bian berharap jalan raya menghubungkan Buduk Nur dengan sempadan Kalimantan, Indonesia dinaik taraf secepat mungkin kerana terlalu berbahaya untuk dilalui kenderaan.
[RASMI] PRU15: Henry Sum Agong menang di Lawas, tewaskan Baru Bian
Henry Sum Agong berjaya mempertahankan kerusi P.222 Lawas meskipun berdepan calon 'heavyweight', Baru Bian.
PRN Sarawak: Baru Bian kekal penguasaan di Ba'kelalan
Baru Bian yang bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh 2,687 undi menewaskan pencabar terdekatnya Sam Laya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan majoriti 680 undi.
PRN Sarawak: Masyarakat Lun Bawang Ba'kelalan bersama saya - Baru Bian
Baru yang dalam misi mempertahankan kerusinya di Ba Kelalan tidak risau dengan pilihan sejumlah 8,503 pengundi kawasan tersebut biarpun berdepan empat pencabar.
PRN Sarawak: Dua bekas menteri persekutuan antara 69 calon PSB
Dua bekas menteri persekutuan merupakan antara 69 calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
PRN Sarawak: Lebih ramai lebih meriah, Baru Bian sedia pertahan DUN Ba'kelalan
Baru Bian bersedia mempertahankan kerusi DUN Ba'Kelalan yang dimenanginya sejak dua penggal lalu.
PRN Sarawak: Perbincangan kerjasama PH-PSB tergendala - PKR Sarawak
Permintaan agihan kerusi yang bertindih jadi punca rundingan PH dan PSB di Sarawak tergendala buat masa ini.
Percepatkan PRN Sarawak tindakan tidak bertanggungjawab - Baru Bian
Tindakan Gabungan Parti Sarawak untuk mempercepatkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
Baru Bian positif COVID-19, tidak hadir persidangan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian mengesahkan beliau tidak dapat menghadiri sidang Parlimen yang bermula esok kerana disahkan positif COVID-19.
Siapa Ketua Menteri Sarawak kalau PSB menang PRN12?
Adakah Datuk Seri Wong Soon Koh atau Baru Bian akan dicalonkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu dari Parti Sarawak Bersatu (PSB)?