Peguam Negara, Tommy Thomas memberitahu bahawa permohonan komital keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim terhadapnya berhubung prosiding inkues bagi mencari punca kematian Muhammad Adib, tidak lengkap.
Peguam Kanan Persekutuan S. Narkunavathy memberitahu Mahkamah Koroner di sini ia kerana dakwaan keluarga anggota bomba itu bahawa afidavit Tommy yang didakwa menggangu inkues serta menghina mahkamah tidak diberikan secara terperinci.
"Pihak pemohon (keluarga Muhammad Adib) tidak memberitahu mahkamah bagaimana afidavit peguam negara yang mendakwa mangsa meninggal dunia bukan disebabkan dipukul, mengganggu inkues.
"Mereka sepatutnya memberikan maklumat terperinci berhubung pendirian mereka berkenaan afidavit peguam negara itu." kata beliau yang mewakili Peguam Negara di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.
Terdahulu peguam Hanif Katri Abdulla yang mewakili keluarga Muhammad Adib mengatakan bahawa afidavit peguam negara pada 3 April lepas yang menyatakan Muhammad Adib meninggal dunia bukan disebabkan kecederaan akibat serangan, jelas menggangu prosiding inkues.
Beliau berkata Tommy sebagai Peguam Negara tidak boleh mengeluarkan keputusan berhubung punca kematian Muhammad Adib.
"Ini adalah asas dan mahkamah perlu rujuk terhadap kenyataan yang dikeluarkan secara peribadi oleh Tommy," katanya.
BACA: Mahkamah Koroner teliti dua isu terhadap Peguam Negara
BACA: Keluarga Adib tiada niat penjarakan Peguam Negara
Dalam prosiding hari ini Rofiah turut menetapkan 27 Ogos ini sebagai tarikh untuk memutuskan sama ada boleh atau tidak untuk memulakan prosiding komital terhadap Tommy selepas mahkamah mendengar hujahan Haniff dan Narkunavathy.
Pada 16 Julai lepas, bapa Muhammad Adib, anggota bomba yang maut dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lalu, Mohd Kassim Abdul Hamid, memfailkan permohonan perintah komital kepada Peguam Negara, Tommy Thomas kerana menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kematian anaknya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 21 2019
![Tommy dakwa permohonan komital keluarga Adib tidak lengkap Tommy dakwa permohonan komital keluarga Adib tidak lengkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81544871751_TommyThomas.jpg)
Dakwaan keluarga anggota bomba itu bahawa afidavit Tommy yang didakwa menggangu inkues serta menghina mahkamah tidak diberikan secara terperinci. - Gambar fail
![Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738975701_HarryMaguire.jpg)
Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United
Maguire menjaringkan gol kontroversi melalui tandukannya dalam waktu kecederaan.
![Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25 Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738975632_jemputisteribalik.jpg)
Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25
Tular satu video di TikTok memaparkan sisi romantis suami yang lengkap berbaju Melayu beserta songkok sedang menjemput isterinya.
![Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738978105_sultanpahang.jpg)
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
AWANI Pagi: Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temu bual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
![Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738682250_DonaldTrump.jpg)
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut bilangan ejen yang akan dipecat dan bila pemecatan akan dibuat.
![ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738971216_TomokoAkane.jpg)
ICC kecam sekatan AS terhadap pegawainya
Tindakan tersebut mengancam kebebasan dan peranan penting mahkamah dalam menegakkan keadilan kepada mangsa kekejaman global.
![Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738977452_sultanpahang.jpg)
Sambutan perayaan sebagai tarikan pelancongan ke Pahang - Al-Sultan Abdullah
Baginda menyifatkan sambutan tersebut sebagai satu pembaharuan di Kuantan dan mahu menjadikkannya sebagai produk tarikan pelancongan.
![[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh [KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738334981_nisanaceh.jpg)
[KOLUMNIS] Sejarah dan mitos makam nisan Aceh
Kota Tinggi sangat wajar diangkat sebagai tapak warisan dunia oleh pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Amirul Aiman
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
![Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738970885_tbhostages.jpg)
Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel
Pembebasan itu sebahagian perjanjian pertukaran dengan banduan Palestin dalam tahanan Israel.
![Tommy dakwa permohonan komital keluarga Adib tidak lengkap Tommy dakwa permohonan komital keluarga Adib tidak lengkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81544871751_TommyThomas.jpg)
Tommy dakwa permohonan komital keluarga Adib tidak lengkap
Keluarga mangsa sebelum ini mendakwa Tommy sebagai Peguam Negara tidak boleh mengeluarkan keputusan berhubung punca kematian Muhammad Adib.
![Inkues Adib: Prosiding inkues bakal ditentukan 24 Julai Inkues Adib: Prosiding inkues bakal ditentukan 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550134352_TBARWAHADIB.jpg)
Inkues Adib: Prosiding inkues bakal ditentukan 24 Julai
Tarikh itu juga bakal ditentukan permohonan pihak peguam keluarga Muhammad Adib untuk memulakan prosiding komital terhadap Tommy Thomas.
![Keluarga Allahyarham Adib mohon Tommy Thomas 'diheret' ke mahkamah Keluarga Allahyarham Adib mohon Tommy Thomas 'diheret' ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563271322_TBZUBIRjpg.jpg)
Keluarga Allahyarham Adib mohon Tommy Thomas 'diheret' ke mahkamah
Permohonan untuk memulakan sesi komital itu difailkan bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, menerusi Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates.
![Inkues Adib: Terdapat kesilapan pada teori pakar forensik HKL - Pakar Fizik Inkues Adib: Terdapat kesilapan pada teori pakar forensik HKL - Pakar Fizik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61563270075_TBAmirRadzi.jpg)
Inkues Adib: Terdapat kesilapan pada teori pakar forensik HKL - Pakar Fizik
Dr Amir Radzi Ab Ghani merupakan saksi ke-30 hadir bagi sesi prosiding inkues bagi membantu memberi keterangan berhubung teori daya pelanggaran.
![Inkues Adib: Laporan bedah siasat tidak selari dengan teori kecederaan - Saksi pakar Inkues Adib: Laporan bedah siasat tidak selari dengan teori kecederaan - Saksi pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81555660844_InkuesAdib.jpg)
Inkues Adib: Laporan bedah siasat tidak selari dengan teori kecederaan - Saksi pakar
Saksi ke-29 itu berkata hal itu agak mustahil susulan keadaan kelajuan van EMRS yang berundur sewaktu rusuhan tidak berpadanan dengan kecederaan.
![Inkues Adib: Adib mungkin dalam keadaan separa sedar - Saksi pakar Inkues Adib: Adib mungkin dalam keadaan separa sedar - Saksi pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71555421416_TBshahromabdulwahid.jpg)
Inkues Adib: Adib mungkin dalam keadaan separa sedar - Saksi pakar
Menurut saksi ke-29, Muhammad Adib tidak menunjukkan sebarang tindakan seperti melawan atau mempertahankan diri.
![Inkues Adib: Prosiding tangguh, saksi tidak hadir Inkues Adib: Prosiding tangguh, saksi tidak hadir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51555049159_inkuesadib.jpg)
Inkues Adib: Prosiding tangguh, saksi tidak hadir
Saksi terakhir yang merupakan Bekas Pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) itu masih diperlukan.
![Inkues Adib: Adib tidak menjawab soalan polis - Saksi Inkues Adib: Adib tidak menjawab soalan polis - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554116034_INKUESADIB.jpg)
Inkues Adib: Adib tidak menjawab soalan polis - Saksi
Saksi ke-28 itu berkata perkara itu ketika beliau melawat mangsa pada kali kedua di ICU Institut Jantung Negara (IJN) pada 12 Disember 2018.
![Inkues Adib: Status di Facebook punca saya dikecam - Pakar forensik Inkues Adib: Status di Facebook punca saya dikecam - Pakar forensik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41553584038_INKUESADIB.jpg)
Inkues Adib: Status di Facebook punca saya dikecam - Pakar forensik
Dr Ahmad Hafizam sebelum ini memberitahu, kecederaan yang dialami Muhammad Adib tidak berpadanan dengan kecederaan fizikal akibat dikasari.
!['Pecat Waytha!', Geras beri masa 40 hari 'Pecat Waytha!', Geras beri masa 40 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81545738351_JUSTICEADIB.jpg)
'Pecat Waytha!', Geras beri masa 40 hari
Presiden Geras menegaskan sekiranya Perdana Menteri gagal memecat Waytha dalam tempoh 40 hari, satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan.