Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) terkejut dan kecewa dengan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menghentikan 34 pertuduhan terhadap 12 tahanan di bawah SOSMA yang dijadual dibicarakan dalam masa beberapa bulan lagi.
Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, PPMM sedar Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa Peguam Negara memulakan, meneruskan atau memberhenti sesuatu tindakan jenayah di mahkamah sivil.
Namun, kuasa tersebut perlu dilaksanakan secara kehakiman.
"Sebagai seorang penjawat awam, Peguam Negara perlu memberi pertimbangan kepada keselamatan negara, kepentingan dan keselamatan awam serta perhatian media.
"Pertimbangan-pertimbangan tersebut perlu dibuat secara telus berdasarkan faktor-faktor di Malaysia bukan negara asing seperti Australia, Eropah ataupun Sri Lanka.
"Malah Peguam Negara mesti memberi pertimbangan serius kepada pandangan yang diberikan oleh pihak polis yang merupakan penjaga keselamatan dalam negara," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sehingga kini, kata beliau, tiada langsung kenyataan daripada polis menyatakan aktiviti Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bukan lagi isu keselamatan negara.
"Malah LTTE masih tersenarai sebagai pertubuhan pengganas di Malaysia. Tindakan Peguam Negara ini telah melangkaui kuasa eksekutif (Kementerian Dalam Negeri) yang menyatakan LTTE adalah pertubuhan pengganas.
"Peguam Negara tidak diketahui pernah memberi nasihat kepada Menteri Dalam Negeri mengeluarkan LTTE dari senarai ini sebelum daripada ini tetapi terus secara unilateral membuat kesimpulan LTTE bukan pertubuhan pengganas," tambahnya.
Malah Peguam Negara juga, dakwa beliau, gagal menzahirkan kepada awam di dalam kenyataannya bahawa polis menyokong keputusan beliau.
"Hal ini sangat serius kerana melibatkan keselamatan negara. Adakah keputusan Peguam Negara tersebut membawa implikasi kesemua tahanan DAESH juga perlu dilepaskan?
"Natijah daripada tindakan Peguam Negara ini timbul juga beberapa persoalan adakah keputusan beliau ini disebabkan penolakan dua orang Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Tuan Mohd Zaini Mazlan dan Tuan Collin Lawrence Sequerah terhadap cabaran kepada keabsahan sesksyen 13 SOSMA di sisi Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menolak ikat jamin OKT kes LTTE," kata beliau lagi.
Malah, PPMM turut mempersoalkan sama ada berlaku salah guna kuasa dalam jawatan awam daripada keputusan tersebut.
Justeru, persatuan itu berpendapat, tindakan mahkamah perlu dibuat oleh mana-mana pihak berkepentingan bagi mencabar keputusan Peguam Negara dan sebagai isyarat kepada beliau agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan kuasa tanpa pertimbangan undang-undang yang betul.
"Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas ini dan beberapa siri tindakan beliau sebelum ini menzahirkan ketidakmampuan beliau menggalas tanggungjawab sebagai Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
"Pada hemat PPMM adalah lebih baik beliau mengundurkan diri dari jawatan tersebut secara terhormat.
"Sekiranya beliau enggan, PPMM merafak sembah kepada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri agar menggantikan Peguam Negara yang lebih berkemampuan dan telus di dalam melaksanakan tanggungjawabnya," kata beliau lagi.
Pada Jumaat, Tommy menarik balik pertuduhan terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan aktiviti LTTE berkuat kuasa serta-merta.
Ia selepas pihaknya melihat tidak ada prospek jelas untuk sabitan ke atas mana-mana 34 pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh.
Jelas Tommy, keputusan muktamad itu dibuat berdasarkan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
BACA: LTTE: Peguam Negara hentikan prosiding terhadap 12 tertuduh serta-merta
Astro Awani
Sat Feb 22 2020

Zainul Rijalberkata, PPMM sedar Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa Peguam Negara memulakan, meneruskan atau memberhenti sesuatu tindakan jenayah di mahkamah sivil. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menetapkan 20 Feb sebagai tarikh pendengaran bagi menyemak permohonan Yoon untuk membatalkan penahanannya dan membebaskannya.

Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan
Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.

Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis
Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara
Mohamad Ezri berkata pendekatan menyeluruh dapat membuka jalan kepada sistem keadilan yang penuh belas kasihan dan berkesan.

Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.

Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.

Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.

Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.