Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dinasihat meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sekiranya mahu berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan
1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ini bagi mengelak berlakunya konflik kepentingan memandangkan kes 1MDB masih dalam siasatan PAC.
"Badan itu (PAC) sedang menyiasat, bagaimana anda nak berdebat apabila anda masih menjadi anggota? Beliau (Pua) perlu menjadi seorang yang berkecuali, letak jawatan daripada PAC dan pergi berdebat dengan Arul Kanda," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Dalam kenyataannya hari ini, Arul Kanda yang merupakan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB berkata beliau bersedia bersemuka dengan Pua dalam program televisyen secara langsung dengan syarat anggota Parlimen DAP itu melepaskan jawatannya sebagai anggota PAC.
Arul Kanda berkata demikian bagi menyahut cabaran Pua melalui blognya agar mereka mengambil bahagian dalam rancangan bual bicara secara langsung, dengan Pua menjadi pihak yang mengemukakan soalan.
Senada dengan Mohamed Nazri, Datuk Liang Teck Ming (BN-Simpang Renggam), menegaskan Pua perlu menghormati institusi Parlimen kerana beliau ialah anggota PAC dan siasatan terhadap 1MDB sedang dijalankan.
Dalam kenyataan diedarkan di lobi Parlimen hari ini, Liang berkata tiada Parlimen di dunia yang akan membenarkan perkara seumpama itu.
"Mengadakan debat yang disiarkan secara langsung di TV berkaitan perkara yang sedang disiasat oleh Parlimen merupakan satu penghinaan kepada Parlimen.
"Sekiranya ini merupakan kes undang-undang, ia adalah sama seperti anggota juri atau hakim berhujah dengan tertuduh di mahkamah dan disiarkan secara langsung di TV," katanya.
Bernama
Thu Oct 29 2015

NAZRI: Beliau (Pua) perlu menjadi seorang yang berkecuali, letak jawatan daripada PAC dan pergi berdebat dengan Arul Kanda. -Gambar fail

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.