Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuka ruang seluas-luasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas ahli politik yang disyaki terlibat dengan rasuah.
Malah, tegas Naib Presiden UMNO itu, ruang dan peluang siasatan turut diberikan ke atas mana-mana ahli perniagaan, atau mereka yang berjawatan.
"Saya fikir SPRM bukan hanya diperundangkan tetapi mempunyai kuasa mutlak untuk memburu siapa sahaja termasuk ahli politik, ahli perniagaan atau pemegang-pemegang jawatan.
"Saya secara rasmi memberikan ruang yang sepenuhnya untuk SPRM bukan sekadar menyiasat, tetapi menggeledah semua maklumat diperolehi," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat RELA kepada Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad semasa menjadi tetamu Hari Ini 8 berkata , pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas ahli politik yang korup, tidak kira di peringkat bawah mahupun tinggi.
Pada masa sama, tegas Ahmad Zahid, agensi penguatkuasa itu ada kuasa untuk melakukan penggeledahan bagi mendapatkan bukti dan maklumat yang diperlukan.
Bagaimanapun beliau juga berharap SPRM melakukan siasatan dengan berkesan dalam menghadapi cabaran media sosial hari ini.
"Namun harus diperbandingkan antara fitnah dalam media sosial dengan realiti. Jadi untuk menghadapi realiti itu, SPRM harus bertindak segera untuk melakukan penyiasatan dan penggeledahan terhadap semua pertuduhan itu apatah lagi ia melibatkan pemegang jawatan di mana-mana kementerian atau jabatan," kata beliau.
Tambahnya lagi, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM juga mempunyai kuasa atau waran untuk melakukan penggeledahan ke atas premis atau kediaman suspek bagi mendapatkan maklumat siasatan.
"Mereka (SPRM) pun ada kuasa (waran) juga (untuk menggeledah) ," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Fri Jan 27 2017

Tambahnya lagi, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM juga mempunyai kuasa atau waran untuk melakukan penggeledahan ke atas premis atau kediaman suspek bagi mendapatkan maklumat siasatan. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Syarikat dinasihatkan untuk lebih adil terhadap pekerja - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah menetapkan gaji minima sebanyak RM1,700 dan perkenalkan skim gaji progresif tetapi tidak ada kekuatan undang-undang untuk memaksa syarikat swasta. Syarikat yang mendapat keuntungan yang tinggi juga disaran memberikan gaji yang setimpal. #AWANInews

Nilai Bitcoin kembali naik melepasi RM400,000
Nilai Bitcoin Kembali Naik Melepasi RM400K

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
'Ini faedah langsung kepada rakyat' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa negara mencapai dividen ASB tertinggi dalam masa lima tahun dan dividen KWSP 6.3 peratus merupakan tertinggi sejak 2017. 120,000 peluang pekerjaan baharu dengan kadar pengangguran 3.1 peratus sejak Disember 2024. #AWANInews

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.

66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada aturan bayaran, rekod pelaporan cukai
LHDN kenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
KWSP: Rekod dividen yang sama antara konvensional dan syariah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini dapat meyakinkan umat Islam tentang simpanan syariah dan tidak ada dasar yang mewajibkan tapi menggalakkan tentang perbankan. Umat Islam juga harus diberi penjelasan tentang perbankan tanpa faedah dan beberapa instrumen syariah yang diperkenalkan. #AWANInews

Caruman wajib pekerja asing juga untuk pertahankan kepentingan pekerja tempatan - PM
Anwar berkata, caruman dua peratus itu adalah kadar yang minimum berbanding amalan di negara lain dan tidak bebankan pekerja asing serta majikan.

Palsu dokumen UMS: Peter Anthony kekal dipenjara tiga tahun, denda RM50,000
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan dokumen Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.

IMF jangka pertumbuhan Malaysia berkembang pada 4.7 peratus
Momentum pertumbuhan kukuh Malaysia dijangka berterusan dalam tempoh terdekat dengan ekonomi diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini, kata Tabung Kewangan Antarabangsa.

Ahmad Zahid, Fadillah ucap selamat menyambut Ramadan, ajak kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh negara yang akan memulakan ibadah puasa esok.

Majlis Ekonomi Bumiputera pantau Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 - Ahmad Zahid
Majlis Ekonomi Bumiputera akan menjalankan pemantauan menyeluruh Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 bagi memastikan pelaksanaannya membuahkan hasil.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

PRK Ayer Kuning: UMNO ketengah calon miliki ciri 'WALI' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid akan berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan.

Sebanyak RM22 bilion laksana projek RTB di seluruh negara - Ahmad Zahid
Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah banjir dengan memperuntukkan RM22 bilion untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.