Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan membawa kebaikan serta memberi kesan positif jangka panjang kepada rakyat dan negara dari segi pertumbuhan ekonomi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan itu serta menzahirkan penghargaan kepada Mustapa dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam perundingan dan penerangan TPPA atas usaha mereka.

Menurutnya, bukan mudah bagi kerajaan, terutamanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pegawai-pegawai kerajaan, menjalankan proses perundingan TPPA yang bermula sejak tahun 2010.

"Proses perundingan bermula sejak tahun 2010 dan kita dapat lihat kesungguhan dan ketegasan mereka ketika perundingan dalam mempertahankan bukan sahaja kepentingan negara malah agenda bumiputera juga," kata beliau menerusi catatan di dalam blognya, NajibRazak.com.

Najib melahirkan keyakinan itu serta menzahirkan penghargaan kepada Mustapa dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam perundingan dan penerangan TPPA.

Tambahnya, proses itu diikuti pula dengan lebih 300 sesi penerangan kepada pelbagai lapisan masyarakat mengenai TPPA sehinggalah perjanjian itu diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Menurut Najib, anggota TPPA kini menerima dan mengiktiraf Dasar Bumiputera sebagai sebahagian daripada terma-terma TPPA di peringkat global.

BACA: Dewan Negara lulus usul TPPA

Mesyuarat khas Dewan Rakyat pada Rabu lepas meluluskan usul mempersetujui penglibatan Malaysia dalam TPPA, melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 127 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 84 lagi menolak.

BACA: Perspektif: TPPA letak negara di pentas dunia

Dewan Negara kemudian meluluskan usul menyokong penyertaan Malaysia dalam TPPA, berdasarkan undi suara pada Khamis.