KUALA LUMPUR: Sepuluh tahun berlalu, namun perasaan geram dan sedih masih tidak dapat dipadamkan apabila mengenangkan insan tersayang terkorban dalam tragedi berdarah di Lahad Datu, Sabah.
Haziq Wahiduzzaman Sabaruddin, 29, anak kepada Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud berkata kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu sehingga meragut nyawa bapanya yang ketika itu ditugaskan dalam Op Daulat di Lahad Datu, sangat sukar untuk dipadamkan.
"Apabila saya diminta berdiri di hadapan anggota polis yang terbaring melakonkan kembali insiden itu, saya tidak pandang mata anggota itu dan terbayang arwah ayah dalam kepala.
"Saya tidak mahu menangis tapi lebih kepada rasa rindu, dan geram atas kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai pantomim peristiwa tragis itu yang dilakonkan semula sempena Hari Polis hari ini.
Beliau berkata demikian semasa hadir ke Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini.
Menyifatkan arwah ayahnya seorang yang tegas, Haziq Wahiduzzaman yang bekerja sebagai pencipta kandungan media sosial berkata ayahnya juga seorang yang amat mementingkan pelajaran dan beliau sentiasa ingat pesanan terakhir arwah agar beliau dan adik-beradiknya belajar bersungguh-sungguh.
"Alhamdulillah, apa yang arwah ayah hendak (belajar hingga ke menara gading) telah tercapai, semalam adik bongsu saya telah melapor diri dan kini sedang menyambung ijazah sarjana di sebuah universiti.
Sepanjang saya membesar dengan ayah, dia seorang yang tegas dan kadang-kala kelakar, itu memang standard semua polis (perangai garang) sebab cara dia didik saya dan adik-beradik yang lain adalah berbeza," katanya.
Anak sulung Allahyarham ASP Zulkifli Mamat iaitu Mohd Norakmar Amiruddin Zulkifli, 15, pula berkata pada mulanya beliau bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, namun kejadian tragis yang menimpa ayahnya ketika beliau berusia lima tahun membuatnya berubah fikiran untuk menjadi seorang anggota polis.
"Saya hendak mengikut jejak langkah ayah sebab saya hendak menyelamatkan orang baik seperti ayah saya...lawan orang jahat.
Perasaan saya apabila melihat pantomim Lahad Datu dilakonkan, saya teringatkan arwah ayah, sebak dan rindukan arwah," katanya.
Mohd Norakmar berkata sebelum Zulkifli ditugaskan menyertai Op Daulat, ayahnya memintanya menjaga ibu Noor Aziah Noor, serta adik-adiknya Noor Muhammad Aqil Zulkifli, 11, dan Noor Aqib Syahid Zulkifli, 10, yang ketika itu masih dalam kandungan ibunya.
Sementara itu, Noor Aziah, 38, berkata walaupun tragedi itu 10 tahun berlalu, beliau masih berasa sebak.
"Apabila menyaksikan pantomim dipersembahkan saya rasa bangga kerana pengorbanan arwah suami saya dihargai dan tidak dilupakan.
"Insya-Allah ada rezeki saya bagi kebenaran dan sokong anak saya untuk meneruskan legasi bapanya," kata guru sekolah itu.
Pantomim peringatan 10 tahun insiden pencerobohan Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah itu hasil koreografi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali.
Ia dijayakan oleh 86 pegawai dan anggota 69 Komando (VAT 69), Pasukan Gerakan Udara, Pasukan Gerakan Am dan Muzium PDRM.
Pada Feb 2013, Malaysia dikejutkan dengan pencerobohan pengganas bersenjata Sulu yang memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu, yang membawa kepada pertempuran pada 1 Mac di Kampung Tanduo mengakibatkan 10 perwira negara terbunuh dan 68 pengganas Sulu maut.
Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni waris kepada wira-wira yang telah terkorban ketika peristiwa berdarah Lahad Datu 2013. - Bernama
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
ESSCom siap sedia hadapi gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu
Anggota keselamatan ESSCom sedang memantau dengan rapi dan meneliti maklumat yang diterima berhubung kemungkinan ancaman itu.
Keselamatan Sabah terjamin, ancaman pengganas dihapuskan
Keadaan di pantai timur Sabah dan negeri Sabah keseluruhannya adalah selamat dan kini bebas daripada ancaman militan dari selatan Filipina.
Polis kumpul bukti untuk heret dalang pencerobohan ke mahkamah
Polis masih mengumpul bukti bagi membolehkan dalang insiden pencerobohan kumpulan militan di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna sejak Februari lepas dibawa ke muka pengadilan.
Laporan penuh petugas Awani di Lahad Datu
Himpunan laporan penuh sepanjang petugas Astro Awani, Wan Syamsul Amly di Lahad Datu sepanjang insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.
"Datuk Seri" ditahan berhubung Kesultanan Sulu
Datuk Seri Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil John L.Karl yang dikehendaki polis untuk siasatan berhubung kaitannya dengan pihak Kesultanan Sulu, telah ditahan semalam.
Persidangan ESSCOM platform rakyat dapat maklumat tepat
Persidangan Transformasi Politik mengenai Keselamatan dan Zon Selamat Timur Sabah sebagai platform untuk rakyat mendapatkan maklumat tepat.
Lahad Datu: Anggota polis berpangkat Koperal antara yang didakwa
Anggota polis antara yang didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Lapan lagi suspek pengganas Sulu dituduh di mahkamah
Lapan lagi suspek pengganas Sulu dituduh di mahkamah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang telah dihadapkan ke mahkamah adalah 16 orang.
Ops Daulat: Satu mayat pengganas dikeluarkan
Pasukan keselamatan telah mengeluarkan satu mayat pengganas di Tanjung Batu pada jam 11 pagi tadi.
Perkembangan Ops Daulat Hari ke-23
Tiada sebarang pertumpahan darah berlaku sepangjang hari ini namun pada sebelah paginya, anggota keselamatan telah terserempak dengan tiga orang pengganas Sulu yang berkeliaran di Sungai Bilis.