Novel cinta sering dikaitkan dengan cerita penuh kebahagiaan selain disulami babak-babak derita dan kedukaan.
Malah, kebanyakan pembaca novel cinta akan merasakan jalan penceritaan novel itu mirip kehidupan seharian hingga kadang kala terbuai dengan perasaan indah tersebut.
Namun, berbeza dengan kejadian ini, seorang pembantu kedai makan bertindak membunuh seorang lelaki yang merupakan suami kepada kekasih gelapnya di Felda Keratong 2, Muadzam Shah, Rompin di sini, Selasa lalu.
Suspek yang berusia 29 tahun dikatakan menembak mangsa menggunakan senapang patah buatan sendiri di sebuah premis mencuci kenderaan kira-kira pukul 12 tengah malam itu.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan, Azli Mohd Noor berkata, siasatan mendapati suspek menjalinkan hubungan sulit dengan isteri mangsa sejak empat bulan lalu.
Menurutnya, suspek dikatakan berang apabila mengetahui mangsa berhasrat untuk membawa isterinya yang merupakan kekasih gelap suspek pulang ke Acheh, Indonesia walaupun pasangan suami isteri itu dalam proses perceraian.
“Suspek mengakui tindakannya membunuh suami kekasih gelapnya itu didorong oleh isi kandungan novel cinta tersebut yang mempunyai persamaan jalan cerita dengan apa yang lelaki itu hadapi.
“Malah, suspek ada memberitahu kekasih gelapnya bahawa dia akan bertindak apa sahaja untuk mendapatkan wanita itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Tambah Azli, sebaik sahaja mengetahui diburu, suspek cuba melarikan diri ke kampung halamannya di Bedong, Kedah tetapi berjaya ditahan sepasukan polis di Hentian Rehat dan Rawat Tanjung Malim, kira-kira pukul 12.30 tengah malam, Jumaat lalu.
Katanya, susulan penahanan suspek, pihaknya turut merampas novel cinta tersebut.
“Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Astro Awani
Mon Oct 30 2017
Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, ketika ditahan suspek membawa bersama sebuah novel yang jalan ceritanya boleh dikaitkan dengan kes berkenaan. - Foto Astro AWANI
Calon PM: Gerakan akan rujuk Majlis Tertinggi
Perdebatan isu berkaitan pemilihan calon Perdana Menteri dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) akan dirujuk dan dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu pada 9 Disember hadapan.
Maestro muzik tanah air, Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun
Komposer veteran, Tan Sri Ahmad Nawab menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun pada Ahad.
Fokus Minggu Depan: Tenaga muda kekang perubahan iklim
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Lelaki ditahan rompak wanita bersenjatakan gunting di Puchong
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki merompak seorang wanita dengan bersenjatakan gunting di sebuah rumah di Puchong Utama, Puchong kira-kira 9 malam tadi.
UPSI tersenarai 601 ranking terbaik dunia
Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) disenaraikan di kedudukan ke-601 terbaik dunia berdasarkan Times Higher Education World University Rankings.
SPNB rancang bina 5,000 unit RMR seluruh negara tahun depan
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dalam perancangan membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara tahun depan.
Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri, tiga Wilayah Persekutuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 7 malam ini.
Kerajaan terus bantu, tiada sekatan royalti kepada Terengganu - Fahmi
Menteri Komunikasi menafikan Kerajaan Persekutuan mengenakan sebarang sekatan terpilih berkaitan royalti minyak kepada Terengganu.
Sekurang-kurangnya 18 maut serangan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 18 maut manakala 30 lagi cedera dalam keganasan kaum di barat laut Pakistan, kata pegawai pada Sabtu (23 November).
Menangis, bersyukur nyawa tak berakhir di tali gantung
Aidil mengakui menyesal dengan kesalahan pernah dilakukan kerana terlalu kejarkan pendapatan lumayan hasil daripada penjualan dadah.
PKPD di Felda Keratong 5 bermula Khamis ini
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang bermula Khamis ini hingga 19 Jan.
Wanita rugi RM108,300, ditipu jual beli penutup hidung dan mulut
Mangsa wanita yang berusia 34 tahun menempah penutup hidung dan mulut itu daripada suspek dari Pulau Pinang menerusi aplikasi WhatsApp pada 3 April lepas.
OKU dituduh tipu pakej umrah babitkan kerugian RM89,000
Tuan Mohd Yusri Tuan Long, 38 tahun, dari Taiping, Perak bagaimanapun mengaku tidak bersalah dalam menawarkan pakej umrah yang tidak wujud.
Tragedi Felda Keratong: Kemaruk novel cinta punca lelaki bunuh suami kekasih gelapnya
Novel cinta sering dikaitkan dengan cerita penuh kebahagiaan selain disulami babak-babak derita dan kedukaan.