Pengasuh kepada Nur Muazara Ulfa Muhammad Zainal memberi alasan tidak tahu apa yang berlaku apabila disoal oleh ibu bayi malang itu mengenai kecederaan yang dialami anak keduanya itu.
"Kalau abe (suami) akak salah, akak terima je (sahaja) .. sbb aku btl2 (betul-betul) xth (tak tahu)...skrg (sekarang) ni abe (abang) kat balai polis ... kalau ye (betul) salah akak terima," itu respons balas pengasuh berkenaan melalui aplikasi WhatsApp kepada ibu Zara, Noraihan Ab Aziz, 22, pada Khamis lepas.
Jawapan itu diberi selepas Noraihan menyoal beliau tentang kesan koyakan sehingga satu sentimeter di kemaluan anaknya berusia 11 bulan selain mendesak pengasuh itu untuk berterus terang sama ada suaminya melakukan perkara terkutuk tersebut.
BACA: Bayi sembilan bulan maut didera suami pengasuh
"Kalau disebabkan tercekik buah epal, macam mana kepala bayi saya boleh retak tiga tempat, macam mana kemaluan anak saya boleh terkoyak? Hati saya kuat mengatakan suami akak bersalah," soalnya kepada pengasuh menerusi aplikasi WhatsApp tetapi pengasuh hanya meminta maaf dan membalas tidak tahu-menahu akan perkara itu.
Noraihan dimaklumkan pihak Hospital Serdang pada petang Rabu bahawa Zara dihantar ke hospital itu oleh pengasuh dan suaminya selepas pasangan itu mendakwa bayi berkenaan tercekik epal.
Mesej WhatsApp bertarikh 8 Nov itu didedahkan kepada Bernama hari ini.
Zara meninggal dunia pada Jumaat selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, dipercayai akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya sendiri.
Menjelaskan mengenai kecaman masyarakat bahawa beliau lambat bertindak setelah mendapati kesan lebam pada tubuh Zara, ibu kepada dua anak itu menjelaskan beliau terpaksa menghantar Zara kepada pengasuh tersebut sementara mengambil pengasuh baharu.
"Saya terpaksa hantar Zara minggu tersebut kerana tiada pengasuh lain dan saya pujuk diri saya, tak apa, minggu ini sahaja, bertahanlah sehingga saya dapat berhubung dengan pengasuh lain," katanya sebak mengenangkan kisah itu.
Zara selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lubok Gong, Kelantan, jam 7.50 pagi Sabtu.
Suami pengasuh yang bekerja sebagai penggunting rambut ditahan reman selama lima hari sehingga 13 Nov dan ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati positif methamphetamine.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 12 2018
Zara meninggal dunia pada Jumaat selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, dipercayai akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya sendiri. - Gambar hiasan
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.
PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan pada 1 November.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata.
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.
Menantu dari 'neraka' rakam suami aniaya ibu kandung
Warga emas itu tidak berdaya mempertahankan diri ketika ditampar pipinya dan diseret oleh anak lelaki sulungnya itu.