Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull telah mengadakan sidang media berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd.
Beberapa pendedahan Mohd Shukri melibatkan beberapa individu penting dalam siasatan skandal berprofil tinggi tersebut terus menjadi berita pilihan di portal-portal berita tempatan.
Berikut ialah transkrip penuh pendedahan Mohd Shukri dalam sidang media itu:
"I want to see you (media) untuk cerita pengalaman I dalam siasatan kes SRC International, 1MDB. Before i proceed, just now i got meeting dengan task force 1MDB, but don’t ask me about task force, we are going to give you a release (media statement), now we are preparing the press release to give to you after this, now they are preparing, ok.
Before i proceed with my experience semasa menyiasat kes SRC INternational,1MDB dan RM2.6 bilion, on May 14, I was called by PM Office (PMO) untuk berjumpa dengan PM around 10:30am. Actually bila I sampai Yayasan Kempipinan Perdana, di situ telah terdapat Datuk Seri Mustafar Ali dan also Datuk Shaharuddin Khalid.
We actually discussed among ourselves, our friends. Datuk Mustafar pun tak nak, saya tak nak, Datuk Shaharuddin pun tak nak, because macam I, dah merasa bahagia selepas retired.. Saya ade seorang cucu, main dengan cucu, I love her very much.
So everybody rejected, jumpa PM one by one not by group. At first i want to tell Tun Dr Mahathir Mohamad I can’t accept the offer (because).... I rasa I dah bahagia hidup selepas retire. Yang kedua, pasal dah tua, I rasa macam itu and then Datuk Mustafar pun nak kasi pada I.
I pun kata tak apa lah, we will make our plan how to convince Tun Dr Mahathir. Bila I masuk saja, Tun Dr Mahathir terus tanya, 'Do you want to accept my offer? Besok kita start.'
Saya nak kata apa ni? Nak kata dah tua, dia (Mahathir) lebih tua daripada aku. Nak kata saya ni dah retired, dia dah retired lama daripada I lagi. Bagaimana nak bagi jawapan yang sesuai, saya pun dah tidak ada idea.
You know bila berdepan dengan Tun Mahathir you susah nak jawab. Bila you are looking at an old man, a 93 years old working for the nation, takkan saya yang jauh lebih muda dari dia nak kata 'No'?. So I said, Tun, I accept, but with one condition.
I accept the job but i come back only to complete my unfinished job. Untuk selesaikan tugas saya yang belum selesai. Tun kata 'Okay, I will consider. No problem.'
If reporters tanya saya gembira tak terima tugas ini, saya cakap terus terang, I tak happy. But i take this as a responsibility untuk negara. I terima jawatan ini demi negara.
Sebab pengalaman saya, tuan-tuan dan puan-puan, dalam kes SRC International dan 1MDB, amat menakutkan. Senang cerita apa yang berlaku, saya tak nak ikutkan hati sebab tu saya seolah-olah macam takut nak balik ke sini tetapi kerana tengokkan Tun Mahathir yang masih semangat umur 93 tahun masih mahu bertugas kepada negara, saya beranikan diri untuk mengambil jawatan ini.
Tuan-tuan dan puan-puan, bila Tan Sri Abu Kassim meminta saya memulakan siasatan pertama kes … pada bulan Julai 2015 dia kata, 'Shukri open this file and investigate kes RM42 juta that was deposited into the former prime minister's account'. So, saya kata, 'Tan Sri, I will do it. Sama ada PM (ketika itu) akan keluar atau kita berdua akan keluar'.
Maksudnya sama ada masa tu PM (ketika itu) akan kena tindakan ataupun kami berdua yang dikenakan tindakan. Tan Sri kata, kita buat untuk negara, we do it for our nation.
Sepanjang siasatan dibuat, kami pada masa itu menghadapi tekanan yang kuat. Saksi-saksi kami dilarikan, saksi-saksi lain pun diambil oleh authority lain untuk ditanyakan apa yang diberikan pada SPRM.
Saya sendiri diugut untuk dipecat, diminta untuk bersara awal dan diminta untuk bercuti awal dan diugut dipindah ke jabatan latihan.
Tapi, saya berterima kasih kepada Tan Sri Abu Kassim kerana dia menyokong saya. He said whatever happens, kita akan pertahankan kes ini. Kalau nak buang, buanglah kami berdua.
Pada penghujung siasatan, Tan Sri Gani Patail dipecat pada 27 Julai. Sebenarnya saya dah berjumpa dengannya pada 26 Julai, hari Isnin, di pejabatnya pada pukul 6 petang.
Tan Sri tanya saya, 'Are you ready?' As senior prosecutor, saya dah faham maksud itu kerana pada Rabu they were going to execute.
So I told Tan Sri, yes I am ready, dah standby dengan orang-orang saya. But on Tuesday, when i was having a meeting in Kuala Lumpur, I received news that Tan Sri Gani Patail had been terminated, and his (letter) was backdated to July 26.
Apabila Gani dipecat pada 27 Julai, lepas itu saya dapat maklumat bahawa saya akan ditangkap dan dilokapkan kerana dituduh (melakukan) konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.
Saya ni siapa, saya ni seorang pegawai, pejuang rasuah, bukan nak menjatuhkan kerajaan. Apa kuasa saya untuk menjatuhkan kerajaan?
Saya dapat maklumat dari kawan-kawan terdekat saya bahawa saya akan ditangkap. Tuan-tuan dan puan-puan, pada 31 Julai 2016 saya berlepas ke Washington.
Pada masa yang sama, saya viralkan cerita saya akan ke Arab Saudi dan ini menyebabkan pihak berkuasa telah letakkan red alert berkenaan tentang saya di Jeddah, bermakna, jika saya masuk Jeddah, saya akan ditangkap di sana.
Jadi saya ke Washington. Sampai di Washington pun ada orang ikut saya.
Saya ada team saya di Amerika Syarikat (AS) dan dapat ambil gambar (individu) itu dan saya hantar kepada Datuk Azam Baki. (Saya beritahu kepadanya)... 'cari pegawai yang bijak untuk ikut saya, sebab pegawai ni bodoh sebab ikut saya'.
I rasa tak safe di Washington. I lari dari Washington ke New York menaiki kereta api non-stop. Di New York, saya ke Jabatan Polis New York kerana kebetulan di sana terdapat kawan saya ketika bertugas di Singapura.
Saya diberi perlindungan di sana. Kemudian, (apabila) keadaan selamat balik saya balik semula ke Washington. Di Washington, saya menerima berita pegawai saya ditangkap dan dua pegawai kanan saya ditukarkan ke KDN iaitu Datuk Bahri (Mohd Zin) dan Datuk Rohaizad (Yaakob).
For your information, Datuk Bahri ditukar balik ke SPRM. Bukan saya yang minta dia balik, tetapi PM (ketika itu) yang arahkan dia balik, saya pun tak tahu dia turut dipanggil berjumpa PM.
Di Washington, saya diterangkan, pegawai ditangkap dan Datuk Bahri dan Datuk Rohaizad ditukarkan. Datuk Bahari take charge dalam kes SRC international dan Tan Sri Abu Kassim di hospital sedang sakit.
Masa tu saya di Washington saya menangis macam budak-budak sebab saya sayangkan SPRM. Saya rasa bersalah at that time. Anak buah kena tangkap, kene tukar, saya lari ke USA. So, saya menangis di depan Mat Saleh di sana.
Kami berdua (dengan Abu Kassim) dituduh sebagai pelaku konspirasi dan pembelot. Di Washington, apa yang saya lakukan adalah saya tak fikirkan diri saya, tetapi saya fikir pasal SPRM dan anak-anak buah saya.
Jadi saya Whatsapp kepada dua orang menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Paul Low Seng Kuan. Saya tulis dalam itu dan ugut mereka berdua, please return my officers as soon as possible.
Kalau tidak, saya balik Malaysia nanti I will use my power, with lawyers, saya akan bongkarkan. Memang itu yang saya hantar kepada Shahidan dan Paul Low.
Saya betul sayangkan negara dan alhamdulillah Datuk Seri Shahidan Kassim kata 'Brother, you jangan buat apa-apa. Let me settle, saya promise untuk hantar balik officers you.'
Paul Low pun respons kata, 'Datuk Seri i’ll do my best untuk return your pegawai balik.'
I cakap kat menteri... 'I tak mahu kena promise, I nak you buat segera, i nak you kembalikan segera pegawai saya, sebelum I balik.
Saya balik, saya akan buat sesuatu yang mengejutkan. I akan arrest yang transfer, I will arrest siapa pegawai yang keluarkan surat transfer. I classiffied dia sebagai abuse of power - menghalang siasatan SPRM.
Saya tahu kesan dia besar kepada saya. Saya tahu saya akan dibuang saya akan ditangkap. Saya akan diapa-apakan, but at that time i forget everything sebab saya buat untuk negara.
So bila dah balik ke sini saya jumpa dengan KSN dan hari yang sama dia hantar balik dua orang pegawai ini.
Walaupun ugutan demi ugutan diterima kami tak pernah berputus asa. Kami (kemudia) berpecah dan berjumpa dengan berapa ramai menteri.
Saya jumpa berapa menteri dan Tan Sri Abu Kassim jumpa dengan beberapa menteri sebab kami nak yakinkan kepada menteri (tentang) kes 2.6 bilion dan 42 juta adalah kes yang benar... bukan kes rekaan.
Saya cakap please pada menteri, Tan Sri Abu Kassim cakap pada menteri 'buang orang ni gantilah dengan orang lain kalau sayangkan negara. Buang Datuk Seri Najib, ganti orang lain ganti Datuk Seri Ahmad Zahid ke, ganti Datuk Seri Hishammuddin ke, atau appoint another person jadi PM'.
Dalam ramai-ramai menteri yang kami jumpa, hanya tiga orang menteri sahaja berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal and Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Semua (yang lain) takut nak ambil tindakan.
Sekarang semua menteri, apabila jatuh dah kerajaan (BN), menteri yang saya jumpa dulu telefon saya, (dan berkata) 'Shukri, kalau I dengar cakap you dulu, takkan jadi macam ni'.
Saya cakap dengan menteri itu, saya tak ada apa-apa kepentingan. Saya bukan minta duit, bukan saya minta jawatan. Saya cakap benda yang benar supaya kita perbetulkan keadaan sebelum terlambat because this 2.6 bilion bukan cerita rekaan, this is a true story dan kes itu too big untuk di-protect (diselindung dan dipertahankan).
Memandangkan usaha kami berdua tak berjaya dan sampai setakat tu saja, kami berjumpa dua kali dengan Majlis Raja-Raja, kami kata, 'Please Tuanku tengok benda ni. Tuanku kalau kita sama-sama sayangkan negara, tolonglah tengok benda ni' ... tetapi kami berdua hampa.
Dan akhirnya tuan-tuan dan puan-puan, bila di akhir-akhir perkhidmatan saya, kami berusaha bersungguh-sungguh kerana selepas saya pergi ataupun Tan Sri pergi, (adalah) untuk meletakkan Datuk Seri Mustafar Ali sebagai pengganti saya.
Tapi akhirnya kami dah dengar desas desus dua ke tiga bulan sebelum itu bahawa Datuk Dzulkifli Ahmad daripada pejabat peguam negara akan datang ke SPRM.
Kami berusaha bersungguh yakinkan PM, ambillah Datuk Seri Mustafar untuk mengambil alih kalaupun dah tak suka KP, because I'm leaving by October at that time.
Namun lebih kurang sebulan, pada awal bulan Julai, memang confirm Datuk Dzulkifli akan datang. So Tan Sri Abu Kassim tak ada pilihan, memang dia diarahkan untuk keluar. Dia keluar ke UiTM.
Datuk Dzulkifli datang pada bulan Ogos, saya retire bulan 10 (Oktober). Saya ada masalah bekerja di bawah dia, saya memandang dia sebagai pengkhianat negara.
Seorang DBP sepatutnya make the case stronger bukan untuk protect pesalah. Sepatutnya dia mengkaji kes dan menasihatkan SPRM apa lagi bukti-bukti untuk menguatkan kes, bukan untuk protect pesalah.
And then bila datang sini, dia study kes, (kemudian) dia dilantik (sebagai) Ketua Pesuruhjaya SPRM. Ini satu pengkhianatan yang besar!
Saya tak akan bekerja di bawah pengkianat sebab itu saya buat permohonan berhenti awal. Saya pergi. Tuan-tuan dan puan-puan tahu saya ambil kursus apa? Saya ambil kursus bahasa Arab... asalkan saya dapat keluar dari SPRM.
Dalam proses itu, tuan-tuan dan puan-puan, ada ahli Parlimen dua kali jumpa saya dan minta stop the investigation.
Dia tanya saya, “You nak apa, i nak satu saja. Let me finish this investigation. Kali kedua dia datang, dia cakap 'Please Datuk, kes ni kita kira settle lah, you nak apa?'
Dan I cakap: 'Sekali lagi you cakap, I will arrest you!'. This ahli Parlimen dari utara yang terkenal dengan 'cash is king'.
So itulah tuan-tuan dan puan-puan, yang saya rasa sedih sangat, saya dan Tan Sri Abu Kassim dituduh sebagai pembelot dan konspirasi untuk menjatuhkan negara sedangkan kami berjuang bersungguh-sungguh kerana kami sayangkan negara, nak ambil balik apa yang US dah promise, nak bagi duit balik kepada Malaysia... namun itupun 'dikira' sebagai pengkhianat.
Saya tak pernah cerita dekat anak buah saya, saya tak pernah cerita dekat anak bini saya, sebab saya takut mereka takut dan anak buah saya diperolokkan.
Saya simpan, report polis pun saya tak buat sebab saya tahu report polis saya akan viral. Saya simpan sampai saya rasa akan ada satu masa saya akan bercerita.
Rupa-rupanya Allah SWT beri peluang pada hari ini saya bercerita. Mungkin tuan-tuan dan puan-puan tertanya kenapa saya silent, kenapa saya silent bila saya bersara, kenapa saya tak berani bersuara macam orang lain.
Datuk Bahri berkata, 'Datuk please stand up, cakap apa yang berlaku, kita masuk lokap pun tak apa, kena OSA pun tak apa'.
Saya cakap kepadanya, kita takkan berjaya macam itu, kita akan berjaya pada hari pertama ditangkap
Lepas tu orang Malaysia mudah lupa. Kita kena buat benda yang lebih strategik supaya benda yang kita ada ni kita boleh sampaikan kepada rakyat.
Satu tahun 6 bulan saya sampaikan apa yang saya ada kepada rakyat dari segala group kecil, segala group WhatsApp dan saya rasa beribu-ribu mesej saya sampai kepada rakyat dan memang ramai yang dapat.
Saya jumpa orang dan beritahu dan cara ni lebih berkesan dari cara lama, cara yang lebih terbuka dan Alhamdulillah rakyat faham.
Senang rakyat faham apa itu RM2.6 bilion. Ini cerita rekaan semata-mata kalau cakap (tentang siapa) bagi RM2.6 bilion. Siapa yang nak bagi? Bukan RM2.6 million, kalau RM2.6 juta boleh percayalah, tetapi 2.6 bilion.
Saya ingat, tak ada lagi dalam dunia ini seorang perdana menteri ada orang mudah-mudah nak bagi RM2.6 bilion. (It's just) too big!
Astro Awani
Tue May 22 2018
Dalam ramai-ramai menteri yang kami jumpa hanya tiga orang menteri sahaja berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal and Husni Hanadzlah dan semua takut nak ambil. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.