Kementerian Pengangkutan hari ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Isu Kegagalan Total Airport Management System (TAMS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan insiden gangguan sistem di lapangan terbang itu.
Kegagalan sistem TAMS di KLIA dikesan pada 21 Ogos (Rabu) hingga menyebabkan pembatalan dan kelewatan penerbangan serta ketidakselesaan kepada penumpang selama empat hari ini, dan sistem itu distabilkan pada 24 Ogos (Sabtu).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata jawatankuasa yang ditubuh secara pentadbiran itu adalah bagi menyiasat punca sebenar insiden dan mencadangkan langkah penambahbaikan bagi mengelak insiden itu berulang pada masa hadapan.
"Jawatankuasa ini diberi tempoh satu bulan untuk menyiapkan laporan terperinci kepada jemaah Menteri," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Gangguan sistem KLIA: MAHB tidak tolak wujud unsur berniat jahat
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Mohd Khairul Adib Abdul Rahman akan mempengerusikan jawatankuasa enam anggota itu.
Anggota lain jawatankuasa ialah Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) Dr Nungsari Ahmad Radhi; anggota Suruhanjaya MAVCOM Datuk Seri Long See Wool; anggota Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) Afzal Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Ahmad Nizar Zolfakar; Ketua Eksekutif, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) Ir Md Shah Nuri Md Zain.
Bahagian Udara, Kementerian Pengangkutan akan bertindak selaku sekretariat.
Loke berkata, pihak kementerian merakamkan penghargaan kepada para penumpang di atas kesabaran serta berterima kasih kepada para petugas yang membantu semasa insiden itu.
"Segala kesulitan yang dihadapi oleh penumpang KLIA dalam insiden ini amatlah dikesali," katanya.
Pada Jumaat (23 Ogos) ketika sistem di KLIA masih mengalami gangguan, Loke telah meninjau keadaan di lapangan terbang itu sebelum berlepas ke Pulau Pinang.
Beliau berjaya tiba di destinasi untuk menghadiri program rasmi di Pulau Pinang walaupun penerbangannya dilaporkan mengalami kelewatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 26 2019
LOKE: Jawatankuasa ini diberi tempoh satu bulan untuk menyiapkan laporan terperinci kepada jemaah Menteri. - Gambar fail/BERNAMA
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Malaysia pertimbang tawaran pencarian semula MH370 di lokasi baharu
Malaysia sedang mempertimbang tawaran daripada syarikat robotik marin, Ocean Infinity dari United Kingdom untuk meneruskan operasi pencarian MH370.
Pembinaan terminal kapal pesiar beri tempias ekonomi kepada Melaka - Anthony
Pembinaan terminal kapal pesiar di Pulau Melaka, Banda Hilir bakal memberi tempias besar dari sudut ekonomi menerusi aktiviti pelancongan kepada Melaka.
Renjatan elektrik dalam bas: Menteri beri tempoh 2 minggu sediakan laporan lengkap
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebarang tindakan hanya akan diputuskan selepas laporan lengkap dikemukakan.
Tiada lagi jualan, kenderaan guna NGV mulai Julai 2025
Mulai 1 Julai tahun depan, semua kenderaan gas asli (NGV) tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan.
Insiden renjatan elektrik: Pasukan petugas khas ditubuhkan, operasi bas digantung
Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas dan menggantung serta-merta operasi bas terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki.
WCE Banting-Gelang Patah jadi alternatif, atasi kesesakan PLUS - Loke
Lebuh raya WCE bakal menjadi laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang sering dihadapi pengguna di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Permohonan maaf Najib tidak bawa apa-apa makna - Anthony
DAP menyifatkan permohonan maaf terbuka Datuk Seri Najib Razak berhubung kes salah laku dalam 1MDB tidak membawa apa-apa makna.
‘Memang Prasarana diberi subsidi sejak hari pertama' - Anthony
Subsidi kerajaan yang diberikan kepada Prasarana Malaysia Bhd adalah bagi memastikan rakyat mempunyai sistem pengangkutan awam yang baik, selain membantu mereka mengurangkan kos sara hidup.
Pembangunan semula KL Sentral masih dalam rundingan, dijangka dilaksana awal tahun depan
Loke berkata, projek tersebut merupakan Perkongsian Awam Swasta (PPP), dan pihaknya berharap agar perbincangan itu dapat dimuktamadkan tahun ini.
4.4 juta kenderaan Singapura masuk Johor, RM87.94 juta kutipan RC - Anthony
Sejumlah 4.4 juta kenderaan dari Singapura memasuki kedua-dua pintu masuk Johor dan Singapura dengan kutipan caj jalan (RC) mencecah RM87.94 juta setakat September lepas.