Sebanyak tujuh tuntutan disuarakan kepada kerajaan dalam perhimpunan aman membantah pemanasan global, My Climate Strike di ibu negara pada Sabtu.
Menurut Pengasas Klima Action Malaysia (Kamy) yang juga penganjur perhimpunan itu, Illi Nadiah Dzulfakar, kesemua tujuh tuntutan itu bagi memastikan jerebu tidak melanda negara ini lagi.
"Ini namanya tuntutan Malaysia Tolak Jerebu. Kerajaan mesti gubal Akta Jerebu Trans-Sempadan. Kedua; tetapkan hukuman berat ke atas syarikat bertanggungjawab punca jerebu. Ketiga, kerajaan diminta bentuk Jawatankuasa Bertindak Khas untuk siasat syarikat punca jerebu.
"(Keempat) Larangan keras terhadap Syarikat Pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) daripada bekerjasama dengan syarikat punca jerebu. Kelima; syarikat berasaskan sumber asli mesti isytihar peta konsesi kepada pihak berwajib," katanya.
Turut digesa dalam tuntutan itu, kerajaan diminta mewujudkan Sistem Pemantuan Titik Panas Nasional untuk memantau syarikat syarikat berasaskan sumber asli, manakala tuntutan terakhir adalah pemimpin negara ASEAN perlu menjamin kerjasama efektif dan mengambil pendirian tegas berkaitan.
Perarakan itu bermula dari pusat beli-belah Sogo dan berakhir di Dataran Merdeka.
Lebih 1,000 peserta membawa sepanduk antaranya tertera mesej 'Selamatkan Bumi', 'Hentikan pembakaran hutan' serta 'Siasat dan dakwa syarikat yang menjadi punca jerebu'.
Turut bersama dalam perhimpunan itu ialah aktivis sosial Hishamuddin Rais serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar.
Perhimpunan berlangsung selama tiga jam itu, turut disaji dengan aksi simbolik bantahan pemanasan global yang menyaksikan para peserta berbaring di atas Dataran Merdeka.
Fareez Azman
Sat Sep 21 2019
Peserta Himpunan Aman My Climate Strike berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka membawa sepanduk selamatkan dunia. - Astro AWANI/Fareez Azman
Sekolah autistik pertama akan dibina di Johor
Sebuah sekolah pendidikan khas yang khusus untuk murid autistik akan dibina di mukim Pulai, Johor Bahru.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin, memaklumkan bahawa cadangan untuk membina sekolah ini pernah disuarakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, pada akhir tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin, memaklumkan bahawa cadangan untuk membina sekolah ini pernah disuarakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, pada akhir tahun lalu.
Turkiye komited perkukuh hubungan ASEAN di bawah Malaysia
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Republik Turkiye ke-101 pada Selasa, 29 Oktober ini, negara itu menyatakan komitmennya untuk memperkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia pada tahun 2025.
Perkara ini bertepatan dengan ulang tahun enam dekad hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Perkara ini bertepatan dengan ulang tahun enam dekad hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Kerajaan pastikan belia dapat akses pekerjaan
Tengku Zafrul juga berkata belia boleh melakukan perubahan dalam mengukuhkan peranan masa depan ASEAN di peringkat global berikutan Malaysia akan menjadi pengerusi ASEAN tahun depan.
Taburan hujan memuncak Disember - MetMalaysia
Hujan akibat monsun timur laut dijangka memuncak pada Disember ini dan jauh lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Baim Wong tuduh curang, Paula Verhoeven akui 'banyak kekurangan'
Kisah rumah tangga Baim Wong dan, Paula Verhoeven yang kini menuju perceraian menjadi buruk selepas hos dan pelakon itu mendakwa isterinya curang bersama teman baik.
Kanak-kanak 4 tahun jatuh dari tingkat 12 kondominium stabil
Kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Lebuh Tunku Kudin, Gelugor semalam dilaporkan dalam keadaan stabil.
Waktu di Eropah dilambatkan satu jam ketika musim panas berakhir
Waktu penjimatan siang (daylight saving time) dijadualkan berakhir di Eropah pada awal pagi Ahad ini.
19 maut bas bertembung dengan trak
Sekurang-kurangnya 19 orang maut dan enam lagi cedera parah apabila sebuah bas bertembung dengan trak dua treler, lapor Agensi Anadolu yang memetik pihak berkuasa tempatan.
Turkiye sedia perkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepengerusian Malaysia - Duta
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Republik Turkiye ke-101 pada Selasa (29 Oktober), negara itu menzahirkan komitmen untuk memperkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Beri manfaat kepada 35,000 wanita
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Forum Ekonomi Belia sedia platform belia bina negara
YEF 2024, memfokuskan kepada ekonomi digital dan hijau, serta pembangunan bakat.
Indonesia mulakan proses permohonan sertai BRICS
Indonesia telah memulakan proses permohonan untuk menyertai BRICS, menurut Kementerian Luar Indonesia.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia boleh majukan inisiatif karbon di rantau ini
Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia memberikan peluang terbaik untuk memajukan dagangan karbon dan kredit karbon dalam kalangan negara anggotanya.
Ribut Tropika Kristine: 4 negara ASEAN hantar bantuan ke Filipina
Empat negara Asia Tenggara menghantar bantuan ke Filipina untuk menyokong usaha pemulihan berikutan kemusnahan yang disebabkan oleh Ribut Tropika Kristine (Trami).
Malaysia jadi penghubung BRICS dan ASEAN bagi pacu kerjasama
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia berperanan penting dalam memupuk kerjasama lebih erat antara blok itu dengan BRICS.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AMMDM: Pengintegrasian dasar inklusif dalam pengurusan bencana ASEAN - Ahmad Zahid
Malaysia menekankan kepentingan pengintegrasian dasar inklusif dalam rangka kerja pengurusan bencana ASEAN untuk membina komuniti yang lebih berdaya tahan.
Tahap kesediaan Kuala Lumpur bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dibincangkan hari ini
Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan membincangkan mengenai tahap kesediaan Kuala Lumpur bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Ringgit terus ditutup rendah susulan ketidakpastian pilihan raya Presiden AS
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu apabila ketidakpastian berhubung keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 Nov depan telah menjejaskan mata wang tempatan.