Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran menyatakan pengumuman mengenai arahan menggunakan khidmat tukang masak tempatan di restoran hanyalah satu cadangan.
Memetik laporan The Malaysian Insight, beliau berkata, perkara tersebut masih memerlukan perbincangan dengan semua pihak berkaitan dan keputusan muktamad mengenai perkara itu masih belum dibuat.
“Belum ada keputusan lagi. Kita perlu berbincang dengan semua pihak berkepentingan,” katanya.
Kenyataan Kulasegaran semalam dikritik di media sosial sehingga ada yang menggelar beliau 'xenophobic' atau rasis selepas media melaporkan beliau meminta semua restoran di negara ini mengupah tukang masak tempatan mulai 1 Januari tahun depan.
“Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang masak. Tiada kompromi...kami beri masa hingga 31 Disember untuk berbuat demikian. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi,” beliau dipetik berkata.
Pengumuman Kulasegaran itu mendapat reaksi negatif persatuan pengusaha restoran seperti Persatuan Pemilik Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India (Prisma).
BACA: Kenapa pekerja asing tak boleh masak masakan Malaysia? - Chef Wan
Ia turut mengejutkan pengusaha restoran lain kerana menurut mereka arahan itu akan meningkatkan kos serta tukang masak tempatan kurang pengalaman dan pengetahuan mengenai resipi masakan tertentu di samping permintaan gaji yang tinggi.
Kulasegaran berkata, cadangan itu hanya akan melibatkan restoran tempatan seperti penjaja, restoran mamak dan kedai kopi, yang dianggap sebagai kedai makan tempatan dan tenaga kerja di dapur harus hanya melibatkan rakyat Malaysia.
“Ia hanya terpakai kepada restoran Malaysia seperti gerai-gerai, bukan restoran luar. Kita harap ia dapat dilaksanakan.
“Kalau di restoran Perancis, mereka tak ambil pekerja tempatan. Sudah tentu mereka perlu mengupah orang yang mahir dengan masakan mereka,” katanya.
Jelasnya, cadangan itu selari dengan manifesto Pakatan Harapan yang mahu mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.
Sinar Harian
Sat Jun 23 2018

KULASEGARAN: Perkara tersebut masih memerlukan perbincangan dengan semua pihak dan keputusan muktamad mengenai perkara itu masih belum dibuat.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Belanjawan 2025: KPK kemuka dua cadangan perkasa industri sawit
Kementerian Perladangan dan Komoditi mengemukakan dua cadangan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025 bagi memperkasakan industri sawit.

MOT pelawa orang ramai beri cadangan RC, VEP di sempadan Malaysia-Thailand
MOT akan menganjurkan satu sesi taklimat kepada pihak-pihak yang berminat untuk membangun sistem dan mengoperasikan pengurusan sistem RCVEP di 8 pintu masuk sempadan Malaysia dengan Thailand.

Runding cara baik, tanpa belakangkan Perlembagaan - PM
Setiap pandangan dan cadangan boleh dirunding dengn baik tanpa membelakangkan Perlembagaan Persekutuan, sistem demokrasi berparlimen, dan prinsip Raja Berperlembagaan.

Perjanjian Bijirin: PBB hantar cadangan pulih semula perjanjian Laut Hitam pada Rusia
PBB percaya telah membentangkan cadangan yang boleh mejadi asas untuk pembaharuan perjanjian dan ia adalah stabil.

Bursa minta maklum balas awam mengenai rangka kerja dipertingkatkan bagi penasihat pasaran utama
Bursa juga mencadangkan pindaan ke atas Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama bagi kejelasan dan konsistensi.

Cadangan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara masih dalam perbincangan - Exco
Hee berkata jika penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dilaksanakan, kerajaan negeri memberi jaminan bahawa ia akan digantikan dengan hutan yang lebih baik.

Mega dan megah... Jokowi kongsi cadangan reka bentuk ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan
Perkongsian video itu menerima jutaan komen daripada pengikut Instagram Jokowi, yang mengetengahkan pelbagai maklum balas.

Mansuh cuti penggal, beri peluang pelajar 'catch up' semula pelajaran - MIMBAR
Ia bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelari semula pembelajaran yang tertinggal.

Olimpik Tokyo: Presiden IOC tolak dakwaan ia dibatalkan, tetap anjurkan
Jelas Bach, ketika ini, temasya tersebut bukan mengenai adakah ia akan berlangsung, sebaliknya bagaimana ia akan dilangsungkan.

Batal darurat: Shahidan Kassim selar Anwar, anggap tidak wajar
Shahidan berkata, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih dahulu.